..

..

CALON BN SUDAH 27 TAHUN TINGGAL KUALA KANGSAR , BUKAN CALON BARU

on Monday, June 6, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid menafikan dakwaan mengatakan beliau dipaksa untuk menjadi calon dalam PRK Kuala Kangsar.

Menurutnya, beliau dengan rela menjadi calon bagi parti tersebut dan melakukannya kerana ALLAH di samping menyambung legasi arwah suaminya.

Ujar beliau, kasih sayangnya kepada rakyat Kuala Kangsar menguatkan semangatnya untuk bertanding di parlimen itu.

"Walaupun perlu jalani edah, saya yakin rakan-rakan saya di luar sana mampu melakukan tugas dengan baik.

"Saya harap akan diberi kepercayaan oleh orang Kuala Kangsar untuk meneruskan perjuangan arwah Datuk Wan.

"Saya harus meletakkan hukum lebih utama daripada segalanya supaya kita semua akan mendapat keredaan ALLAH," katanya dalam sidang media sulungnya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mastura menegaskan isu beliau bukanlah calon tempatan tidak perlu diperbesarkan.

Menurutnya, sejak berkahwin dengan arwah Datuk Wan, sudah lebih 27 tahun beliau menetap di Kuala Kangsar bersama keluarganya.

"Anak-anak saya juga membesar di sini. Berjumpa dengan orang kampung bukanlah perkara baru sebab masa dengan arwah Datuk dulu pun saya selalu ikut arwah.

"Sekarang anak saya yang akan turun kempen. Mereka nampak bersemangat. Kasih sayang untuk papa membuatkan mereka teruja untuk berkempen.

"Sekarang kita fokus pada orang Kuala Kangsar. Kasih sayang kepada mereka lebih penting," ujarnya.


One Response

  1. Cik Minah says:

    100000000 TAHUN pun dia duduk di Kuala Kangsar,
    orang tak kisah. Undi dia samalah macam menyokong
    GST dan bersetuju bayar utang 50 BILLION 1MDB.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.