..

..

CALON BN PENGUNDI KUALA KANGSAR BERBANDING CALON PAS & PAN PENGUNDI LUAR #PRKKUALAKANGSAR

on Monday, June 6, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




TAHUKAH anda bahawa hanya calon Barisan Nasional, Datin Mastura Mohd Yazid sahaja yang merupakan pengundi di kawasan Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar (P67).

Calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad merupakan pengundi di Parlimen Parit (P069) manakala calon PAN pula yang diwakili oleh Prof Dr Ahmad Termizi Ramli merupakan pengundi di kawasan Parlimen Shah Alam (p108).

Pendedahan ini secara langsung membongkar hubungan sebenar calon-calon ini dengan kawasan Parlimen Kuala Kangsar. Adakah Kuala Kangsar benar-benar dekat dihati mereka? Bukti ini bukan sekadar kata-kata. Ianya merupakan bukti nyata yang tidak mungkin dapat disangkal begitu sahaja.

Selain daripada itu juga, calon BN, Mastura Mohd Yazid menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau dipaksa mewakili parti itu bagi bertanding dalam PRK Kuala Kangsar.
Ketika menjawab soalan pemberita, Mastura yang pertama kali mengadakan sidang media hari ini menegaskan keputusan itu dibuat dengan rela hati.
“Itu (dipaksa bertanding) tak benar, saya tidak dipaksa dan saya buat dengan kerelaan hati saya serta Allah SWT,” kata Mastura dalam sidang media di kediamannya selepas selesai proses penamaan calon hari ini.

Ketika ditanya mengenai kritikan mengatakan beliau bukan calon tempatan, Mastura berkata beliau sudah menetap di Kuala Kangsar sejak lebih 27 tahun lalu dan isu itu tidak timbul.

“Saya berkahwin dengan anak jati Kuala Kangsar dan saya juga telah menetap di sini selama 27 tahun, soal calon tempatan bukan lagi isu.

“Jika saya ditakdirkan menang sekalipun dan memerlukan saya mewakili Kuala Kangsar di parlimen, saya yakin rakyat akan memahaminya,” katanya yang menyerahkan nasibnya kepada pengundi di kawasan itu.

Mastura berkata beliau akan meneruskan perjuangan Allahyarham suaminya sekiranya BN diberi mandat sekali lagi termasuk meneruskan projek menaik taraf pesisir Sungai Sayong.

Justeru itu, katanya, meskipun tidak dapat turun berkempen dalam PRK berkenaan, Mastura berharap anggota BN akan dapat membantu kemenangannya.

“Saya harap walaupun saya perlu menjalani tempoh idah dan perlu berada di rumah, saya yakin rakan-rakan di luar sana akan membantu parti untuk meraih kemenangan kali ini.

“Saya harus meletakkan hukum lebih utama daripada segalanya supaya kita semua akan mendapat keredaan Allah SWT,” tambah Mastura


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.