..

..

BN JANGAN OVER CONFIDENT RAMALAN PERTANDINGAN 4 PENJURU BERI KELEBIHAN #PRKKUALAKANGSAR #KEKALBN

on Sunday, June 5, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hari ini gelanggang perang sudah dibuka secara rasmi   , walaupun  penyandang adalah BN di PRK Kuala Kangsar tetapi JANGAN  OVER CONFIDENT  !

Ramalan oleh pembangkang DAP dan Tun Mahathir bahawa BN boleh menang kerana pertembungan lebih dari 3  penjuru di Kuala Kangsar . 


"Kalau lebih daripada tiga penjuru (di PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar), memang BN boleh menanglah.
"Tetapi saya harap rakyat berfikir tentang apa yang Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) sudah buat selama ini," katanya ketika ditemui pada sidang media hari ini.

Di tanya adakah sokongan terhadap BN terbukti utuh sekiranya BN memenangi PRK kali ini, beliau menjawab, ia terpulang kepada rakyat.

"Kalau rakyat nak (mahu) BN, ambillah (BN)," balasnya lagi.

Kita berharap jentera BN tidak mudah leka dengan ramalan kerana dibimbangi akan membuat kita leka dan tidak fokus . 

MB Perak DS Dr Zambry Abd Kadir juga tidak pandang mudah terrhadap cabaran pertandingan empat penjuru penjuru ini . 



"Perbalahan parti lain (pembangkang) bukan tiket untuk kita yakin akan mendapat kemenangan mudah, itu hal mereka dan kita tidak masuk campur.

"Kita akan terus berusaha gigih dan bekerja kuat untuk memastikan BN akan terus menerajui Parlimen Kuala Kangsar," kata Menteri Besar Perak itu kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon PRK Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.



GPB turun pagi tadi di hari penamaan bagi meninjau suasana politik  Kuala Kangsar ini . Ternyata dari segi sokongan akar umbi dilihat BN dan PAS lebih kuat pengaruh di sini berbanding PAN . 

Ribuan penyokong BN dan PAS hadir hari ini   berbanding penyokong PAN yang dibantu PKR - DAP  .  

Apakah ini merupakan signal terhadap suasana kempen menjelang hari ini hingga 18 Jun ini ?    















Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.