..

..

UMNO UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA , BUAT SOLAT HAJAT PERMUDAHKAN URUSAN OPERASI SAR #SARAWAK

on Friday, May 6, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta seluruh warga UMNO untuk bersama-sama berdoa agar segala urusan berkaitan operasi nahas membabitkan helikopter di Sarawak berlangsung dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan.
“Sememangnya kita semua amat terkesan dengan tragedi ini dan saya sendiri amat terkejut dengan nahas yang berlaku apatah lagi ia membabitkan kepimpinan UMNO yang turut sama membantu Barisan Nasional (BN) dalam kempen di Pilihan Raya Negeri Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas bersama-sama dalam solat hajat memohon dipermudahkan operasi nahas helikopter yang dilakukan sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat yang berlangsung di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau yang juga Setiausaha Agung BN mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi terbabit.
“Saya bagi pihak Ibu Pejabat UMNO dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli parti mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara mereka yang terlibat dalam nahas tersebut.
“Saya turut bersedih dan terasa kehilangan yang amat besar atas apa yang berlaku dan saya berharap ahli-ahli keluarga mangsa yang terlibat akan tabah dalam berdepan dugaan yang sangat besar ini,” ujarnya. – MediaUMNO



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.