Mula sedar kempen politik rasis, kebencian dan  memfitnah gagal  membeli  rakyat Sarawak, pelbagai alasan mula dicipta dan be­lang masing-masing mula kelihatan apabila saling menuding jari menya­lahkan sesama sendiri berikutan kekalahan memalukan itu.

Tidak mahu mengakui kesalahan sendiri, DAP menyalahkan sekutunya dengan mendakwa mereka tidak menghormati perjanjian yang ditandatangi oleh Pakatan Harapan untuk tidak bertembung sesama sendiri di mana-mana kawasan.