..

..

RAKYAT SARAWAK JANGAN TERPEDAYA JANJI MANIS DAP SEPERTI BERLAKU DI P.PINANG @RRafizal

on Wednesday, May 4, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim menasihati rakyat Sarawak agar tidak terpedaya dengan janji-janji manis yang dilemparkan oleh DAP.

Katanya, sekiranya rakyat Sarawak 'termakan' dengan janji-janji manis yang dilemparkan DAP, maka DAP akan menjadikan rakyat Sarawak sasaran yang seterusnya sepertimana yang dilakukan mereka terhadap rakyat Pulau Pinang.

"Bila tibanya musim pilihan raya, maka akan tiba jugalah musim janji bulan dan bintang dari mulut pemimpin pembangkang. Mereka ini sanggup berjanji apa sahaja, asalkan mereka mendapat kuasa.

"Lihatlah apa yang kami terpaksa hadapi di Pulau Pinang. Inilah akibat apabila kita tersalah membuat keputusan di mana hari ini rakyat di negeri ini menderita menuntut janji-janji DAP. Apa yang jelas, pemimpin DAP hanya mempergunakan rakyat untuk mendapatkan kuasa dan bila kuasa berada dalam genggaman, segala janji terus dilupakan," kata Rafizal.

Memang tidak dinafikan rakyat Pulau Pinang kini 'merana' ekoran termakan janji-janji yang dilemparkan DAP pada Pilihan Raya Umum yang lalu...Lihat saja 'kekejaman' yang dilakukan oleh DAP terhadap rakyat Pulau Pinang.... Golongan bawahan ditindas dengan diusir dari kediaman mereka tanpa diberi sesen pun oleh kerajaan negeri.

Malah, lebih mengecewakan lagi apabila DAP yang menerajui Pulau Pinang hanya menumpukan pembangunan rumah-rumah kos mewah, manakala rumah-rumah kos rendah untuk golongan bawahan langsung tidak dibina.

Sebelum DAP berjaya menguasai kerajaan Pulau Pinang, DAP pernah melontarkan janji bahawa mereka akan menjaga rakyat golongan bawahan... Tapi itu semua dusta dan janji-janji manis DAP untuk mendapatkan kuasa.

Itu baru mengenai tempat berteduh untuk golongan bawahan... Tidak disentuh lagi mengenai peniaga-peniaga kecil yang mencari sesuap nasi di negeri itu... Peniaga-peniaga kecil di negeri itu dilayan seperti peniaga asing... Habis peralatan perniagaan di rampas.

Bila diminta satu tempat untuk para peniaga kecil ini, kerajaan DAP telah menyediakan tempat berniaga yang tidak strategik dan kos sewa yang dikenakan terhadap peniaga terlalu tinggi, sehingga peniaga terpaksa menjual 'barangan' mereka dengan harga yang tinggi.

Oleh demikian, Rafizal memohon rakyat Sarawak yang mengundi pada PRN kali ini supaya berfikir habis-habisan sebelum mengundi... Sekiranya rakyat Sarawak keliru untuk membuat keputusan, rakyat Sarawak boleh melihat Pulau Pinang sebagai contoh untuk membuat keputusan muktamad.

"Jika rakyat Sarawak agak keliru untuk membuat keputusan, saya nasihatkan pandanglah ke Pulau Pinang, ambillah contoh apa yang berlaku di sini. Lihatlah apa yang terpaksa kami tanggung dek kerana sikap DAP yang tidak memegang janji,"  katanya. - UTARANEWS-


One Response

  1. Anonymous says:

    Jangan percaya kepada janji2 manis DAP. Yang pastinya DAP mahu melucutkan hak keistimewaan kaum Bumiputra. Diminta viralkan apa yang dicatatkan didalam Perlembagaan DAP seperti poster di dalam blog Dr MiM. Biar orang Sarawak tahu siapa DAP sebenarnya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.