..

..

RAKYAT P.PINANG TAK PERLUKAN JAMBATAN P.PINANG KE 3

on Sunday, May 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Jambatan ketiga yang dicadangkan bagi menggantikan terowong dasar laut adalah tidak perlu kerana aliran trafik di jambatan kedua masih rendah. Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, jambatan kedua yang menghubungkan Batu Maung dan Batu Kawan kurang digunakan kerana pada masa ini, jambatan tersebut mencatatkan hanya 40 peratus daripada jumlah trafik.

 “Kita tidak memerlukan jambatan ketiga kerana jumlah penduduk negeri ini adalah kecil iaitu kira-kira 700,000 orang yang tinggal di bahagian pulau itu dan 1 juta tinggal di tanah besar,” katanya semasa pertandingan memancing Balik Pulau di Pantai Pasir Panjang, pada Sabtu.

Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, jambatan ketiga itu akan menghubungkan Gurney Drive di George Town dengan Bagan Ajam di Butterworth, kedua-duanya kawasan sesak, dan menghubungkan kedua-dua kawasan itu akan meningkatkan aliran trafik dan menyebabkan kesesakan lebih teruk.

 Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng semasa menggulung ucapan terima kasih pada persidangan Dewan Undangan Negeri berkata jika Kerajaan Persekutuan meululuskan pembinaan jambatan ketiga, kerajaan negeri akan membatalkan projek terowong dasar laut.

 Guan Eng juga berkata, jambatan ketiga akan bebas tol untuk pengguna jika projek itu diluluskan. Menurut Hilmi, pembinaan jalan raya dan jambatan hanya akan mengurangkan masalah tarik untuk sementara sebelum ia menjadi lebih teruk lagi.

 Malah baginya satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan trafik ialah melalui penambahbaikan pengangkutan awam seperti yang dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP)


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.