..

..

PERGADUHAN PAKATAN HARAPAN TERUS PARAH HINGGA KE PRK SUNGAI BESAR & KUALA KANGSAR

on Thursday, May 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Pemuda UMNO Wilayah, Mohd Razlan Muhammad Rafii menjangkakan kemelut dan perbalahan di antara parti-parti pembangkang sepertimana yang berlaku di Pilihanraya Negeri Sarawak akan berlanjutan sehingga ke Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar dan juga Parlimen Kuala Kangsar.
Menurut beliau, ini memandangkan semenjak pembangkang menubuhkan blok baru dengan menyingkirkan Pas dan menggantikannya dengan parti Amanah, persefahaman dan permuafakatan antara mereka bertambah kritikal, seolah-olah tidak dapat diselamatkan lagi.
“Sepanjang sejarah penggabungan parti-parti pembangkang atas nama apa sekalipun, kita tahu mereka ini tidak pernah bersepakat dan bersatu. Sebab itu pakatan pembangkang ini tidak dapat bertahan lama dan akhirnya berpecah. Daripada Angkatan Perpaduan Ummah (APU), barisan alternatif kepada pakatan rakyat, kemudiannya kepada pakatan harapan, semuanya menghadapi masalah yang sama, iaitu persefahaman.
“Berdasarkan itu, saya berpandangan isu pertelagahan mereka berhubung pengagihan kerusi ini tidak akan selesai dan berkemungkinan akan berterusan pada PRK Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar. Pengagihan kerusi ini bermakna pengagihan kuasa. Maka dalam soal untuk berkuasa, saya lihat parti-parti di dalam gabungan pembangkang mempunyai agenda peribadi tersendiri.
“Jika mereka mementingkan kepentingan nasional, maka mereka tidak akan bertembung sesama sendiri sepertimana yang kita lihat berlaku hari ini,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, senario perebutan kuasa yang berlaku di dalam parti-parti gabungan pembangkang ini tidak pernah berlaku di dalam BN sepanjang parti tersebut memerintah negara semenjak merdeka lagi.
“Bukan tidak ada masalah yang berlaku di dalam BN. Sepanjang sejarah pemerintahan BN, sudah tentu wujudnya permasalahan dalaman di antara parti-parti. Namun masalah yang dihadapi itu diselesaikan dengan cara yang penuh hikmah dan bijaksana, tanpa menjejaskan matlamat bersama parti komponen di dalam BN iaitu untuk membangunkan negara supaya rakyat boleh mengecap kehidupan yang lebih baik.
“Inilah kelebihan yang ada di dalam BN. Setiap permasalahan itu akan diselesaikan tanpa mengorbankan prinsip asas dan matlamat perjuangan semua parti-parti yang bergabung di dalam BN.
“Biarpun mempunyai 14 parti yang berbeza latar belakang dan kaum, namun matlamat bersama yang dipersetujui oleh semua parti untuk membangunkan negara menyebabkan persefahaman dan muafakat antara parti terus kukuh. Tidak seperti pembangkang. Biarpun hanya ada tiga parti sahaja, mereka lebih caca marba, kelam kabut berbanding 14 parti di dalam BN. Ini bermakna kepimpinan pembangkang gagal mengurus dengan baik,” jelasnya.
Justeru itu beliau menyeru agar rakyat membuka mata dan memilih parti yang terbaik untuk menjalankan amanah membangunkan negara dan bukannya parti yang hanya tahu bertelagah sesama sendiri sehingga menjejaskan pentadbiran negeri atau negara.
“Kita pilih wakil di dalam setiap pilihanraya adalah untuk mereka memimpin negeri atau negara ke arah yang lebih baik, lebih harmoni dan hidup dengan penuh toleransi. Janganlah kita memilih atau mengundi parti-parti tertentu hanya kerana emosi dan tanpa pertimbangan yang waras.
“Berdasarkan sejarah, biarpun ada onak dan durinya sepanjang BN memerintah negara, namun kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa BN merupakan sebuah parti yang terbaik untuk kita berikan amanah mentadbir negara, memandangkan sikap kepimpinan pemimpinnya yang berwawasan dan matang,”ujarnya.-MediaUMNO


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.