..

..

PAN TIDAK KISAH PAS TANDING PRK , MAT SABU DIJANGKA TANDING SG BESAR

on Tuesday, May 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Usaha dibuat oleh beberapa pihak dalam pakatan pembangkang supaya PAS memberi laluan kepada Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu untuk bertanding di Parlimen Sungai Besra dipandang sebelah mata.
PAS memilih untuk tetap meletakkan calonnya walaupun siapa yang diputuskan oleh Pakatan Harapan sebagai calon mereka.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad PAS tidak akan tunduk kepada desakan parti pembangkang lain supaya tidak bertanding di Sungai Besar.

"Kita tetap akan letak calon di Sungai Besar sebab secara tradisi, ini adalah kerusi PAS dan kita tetap akan pertahankan.
"PAS tidak akan mengalah sekiranya berlaku pertembungan dengan parti pembangkang lain yang mahu bertanding di sini," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya Ahad.

Jelasnya, PAS tidak akan menghalang mana-mana parti pembangkang untuk turut bertanding kerana itu hak masing-masing.

"Yang pasti, kita (PAS) akan hantar calon untuk mendapatkan semula kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu," ujarnya.

DAP, PKR dan PAN disebut-sebut mahu meletakkan Mat Sabu sebagai calon di kerusi tersebut memandangkan sehingga kini Mat Sabu merupakan presiden parti yang bukan ahli parlimen.

Petang Ahad, PAN membayangkan ia akan bertanding pada di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan “tiada masalah” bertembung dengan PAS.

Mat Sabu bagaimanapun berkata pimpinan tertinggi parti itu belum memilih mana-mana calon untuk dua PRK serentak itu.

Namun beliau membayangkan minat parti itu bertanding di bawah payung Pakatan Harapan (PH). 

"PH akan bersaing dengan sesiapa sahaja terutama BN dan sekutu BN," kata beliau.

Mohammad Sabu menegaskan PAN tidak boleh menyekat PAS daripada bertanding, justeru realiti saingan pelbagai penjuru untuk PRK itu perlu di akui.

"Kami dalam PH akan berusaha supaya tidak ada pertindihan calon seperti yang berlaku di Sarawak. Luar daripada PH kami tidak ada upaya untuk mengendalikan parti lain yang begitu banyak di Malaysia ini. Itu hak mereka. 

"Tidak apa (jika ada saingan) tiga penjuru atau lima, ini pesta demokrasi, kita hormati. PH satu sahaja (calon). Tidak tahu lagi siapa akan jadi calon, mungkin bebas 13 orang, jadi kita tidak boleh menentukan," jelas Mohamad Sabu lagi.

Mohamad Sabu berkata PRK di dua kerusi parlimen itu dibincangkan oleh pimpinan tertinggi PAN hari ini namun "kami belum putuskan lagi calon."

“Sesiapa sahaja antara kami dan di luar daripada kami boleh menjadi calon," jelas Mohamad Sabu.

Ketua Pembangkang dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini mengesahkan parti itu mengadakan perbincangan dengan PAS untuk memastikan PRK berkenaan menyaksikan saingan satu lawan satu menentang BN.

Beliau berkata Majlis Presiden PH hanya akan mengambil ketetapan mengenai penyertaannya di Sungei Besar dan Kuala Kangsar setelah tiga parti komponen selesai merumuskan pendirian masing-masing.

Setakat ini hanya DAP menetapkan tidak akan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan kerana kawasan berkenaan adalah majoriti Melayu.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang semalam menegaskan parti itu akan bertanding di dua kerusi berkenaan.

Beliau menggesa PAN untuk mengukur baju di badan sendiri sebelum mengambil keputusan untuk turut bertanding.

Mat Sabu berkata Hadi juga harus bermuhasabah mengenai peluang PAS.

"Sama-samalah ukur baju. Tiada ada masalah itu," ujar Mat Sabu.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi nahas helikopter di Sarawak 5 Mei lalu.

Turut terkorban, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk mengadakan PRK serentak


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.