..

..

NAJIB DEDAHKAN 1MDB BERMASALAH SEBAB DISERANG MUSUH POLITIK

on Wednesday, May 11, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan, kegagalan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) akibat "diserang" adalah faktor utama syarikat itu berdepan masalah.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini berikutan pendekatan 1MDB menggunakan kaedah pembiayaan hutang bagi perniagaannya yang memerlukan penerbitan IPO dalam masa singkat.

"Pada masa itu, kita cuba pendekatan yang berbeza sebab kita tidak mahu menggunakan dana kerajaan. (Ini kerana) dana kerajaan boleh digunakan untuk projek atau program lain.

"Bagi 1MDB, kita gunakan 'debt funding' (pembiayaan hutang) tetapi dengan syarat kita boleh buat IPO secara cepat. Namun tidak dijangka bahawa 1MDB akan diserang sebegitu sekali.


"Apabila diserang, IPO tidak dapat dilakukan, maka timbullah masalah aliran tunai," katanya dalam rancangan temubual khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri bersempena ulangtahun ke-70 UMNO yang disiarkan di saluran TV1 RTM, di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata laporan mengenai 1MDB turut dibuat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membuktikan sebarang kepincangan atau salah laku beliau dalam syarikat pelaburan strategik berkenaan.

"PAC sudah bentangkan hasil laporannya. Malah, Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli pembangkang, telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa mengikut pengamatannya, saya tidak melakukan sebarang kesalahan (dalam 1MDB).

"Saya anggap soal 1MDB ini sebagai satu masalah perniagaan yang modelnya mungkin tak berapa sesuai, terlalu tinggi 'gearing' (tahap kadar hutang)," katanya.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu sebaliknya dijadikan modal politik oleh pihak tertentu yang cuba menjatuhkannya.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    malas nak komen..nak gelak je bila tengok tajuk artikel ini...hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
    tetap tak ngaku...

  2. Anonymous says:

    Kah...kah...kah...lapuran audit pun tak lepas, ada hati nak keluarkan IPO. Kemudian salahkan orang lain.

  3. Anonymous says:

    Dasar penyamun x de telor. Yg dia tau salahkn pehak lain, kemudian cuci tangan wat muka bodoh,kononnya tdk bersalah.

  4. Anonymous says:

    Kalau btul2 rasa diri tu tdk bersalah, mengapa bila PAC minta dokumen yg diperlukaan utk siasatan ,tdk diserahkan. Lagi nk tunjuk kununnya dia suci. Dasar bangsat x de telo.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.