..

..

MP DAP MENGAKU MEMFITNAH NAJIB & ROSMAH , JANJI DAN KESAL TAK MAHU BUAT LAGI ..

on Monday, May 16, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ahli Parlimen Taiping, Ngo Kor Ming menarik balik status bergambar di laman sosial Facebook beliau yang memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
 Ia merupakan syarat bagi menyelesaikan secara baik kes saman fitnah yang difailkan Najib dan Rosmah Kor Ming di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Rosmah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya menerima kenyataan kesal yang dibacakan peguam Alex Tan Chie Sian bagi pihak Kor Ming.
Dalam prosiding di hadapan Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid, Chie Sian berkata, gambar yang dimuat naik berserta status 'Siapa PM Malaysia yang sebenar, Jawab!' diambil di China ketika perdana menteri dalam persiapan untuk pulang ke Malaysia selepas dimaklumkan berhubung kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah.
"Dengan itu saya melahirkan rasa kesal kerana gambar itu disalah tafsir dan diberi maksud luar daripada konteks.
"Saya dengan ini menarik balik status yang dimuat naik bagi merujuk kepada gambar itu dan berjanji untuk tidak menyiarkan status sama pada masa hadapan," katanya.


Mohd Hafarizam memberitahu mahkamah, pihaknya menerima kenyataan kesal itu berdasarkan keikhlasan defendan menarik balik status bergambar itu dan akujanji untuk tidak mengulanginya.
Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan bagi penyelesaian kes saman berkenaan.
Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan 11 Jun tahun lalu, Najib dan Rosmah mendakwa pada 29 Mac tahun lalu, Kor Ming memuat naik gambar mereka berdua beserta status dalam akaun Facebook atas namanya.
 Gambar dan status yang dimaksudkan adalah gambar Najib dan, Rosmah bersama beberapa menteri kabinet dan pegawai tertinggi Wisma Putra dalam sebuah bilik hotel di China.


Komen GPB
GPB cukup tak berkenan cara  Lawyer kesayangan Najib ini iaitu Datuk  Hafarizam handle kes . Sepatutnya kes ini terus ON dan jangan settle luar mahkamah dengan setuju tarik balik dan mohon maaf dengan orang DAP seperti Nga . Lihat lah setiap hari di page FB dia , setiap hari fitnah PM dan UMNO sahaja hidup dia ..

Biar saman sampai dia kena bayar kepada Najib atas kesalahan dia seperti mana Yb Jahara lakukan kepada Guan Eng dalam isu nenek rasis dan juga kes dengan YB Afif Bahardin yang kalah saman fitnah isu TUDM Butterworth. 



Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.