..

..

MENGAPA TIADA TINDAKAN TERHADAP KLIDC OLEH KERAJAAN DAP WALAUPUN LANGGAR SYARAT TAWARAN ?

on Saturday, May 14, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Isu skandal penjualan tanah Taman Manggis terus memanaskan telinga Guan Eng di Sidang DUN P.Pinang.  Pelbagai persoalan ditimbulkan tidak dijawab dan menariknya mengapa Kerajaan P.Pinang tidak mengambil tindakan terhadap KLIDC kerana tidak melaksanakan pembangunan tanah di situ selepas memenangi tender pada 2010 ?

Ini kerana terdapat pelanggaran syarat dalam surat tawaran telah berlaku tetapi KLIDC seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan oleh kerajaan negeri .

Kalaulah  syarikat seperti PERDA dan JKP melakukan seperti ini , sudah tentu tindakan segera akan diambil . 

Apa istimewanya KLIDC ini di mata kerajaan negeri terutama Ketua Menteri ? Adakah sebab ia berkaitan dengan pembelian banglo terlajak murah dibeli Ketua Menteri ? 





Georgetown - Ketua Pembangkang Dun‎ Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid hari ini mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) kerana tidak melaksanakan pembangunan di tanah Taman Manggis selepas memenangi tender pada 2010.
“Syarat-syarat di dalam surat tawaran itu menyatakan bahawa KLIDC kena buat permohonan merancang dalam masa setahun, siapkan projek dalam masa tiga tahun dan kena mohon kebenaran daripada Jabatan Kesihatan dalam masa satu tahun.
“Kalau syarat-syarat ini tidak dipatuhi, tawaran ini akan ditarik balik. Dimaklumkan juga pada 22 Julai 2010 perjanjian tawaran dikeluarkan tetapi KLIDC telah memajak tanah ini kepada bank dengan harga yang sama iatu lebih 11 juta. Perkara ini perlu dijawab oleh kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dun hari ini.‎
Jahara yang juga Adun Teluk Air Tawar turut mempersoalkan sama ada tanah berkenaan masih lagi milik KLIDC kerana didakwa tanah itu telah dipajak kepada pihak bank.
“Tawaran kepada pajakan bermula dari tarikh perjanjian tawaran diterima, di sini pajakan 99 tahun bermula pada tahun 2015, setelah lima tahun tawaran itu diberi.
Apabila digadai kepada bank adakah pindah milik telahpun dibuat. Kalau begitu siapa tanda tangan gadaian,” katanya.
KLIDC membeli tanah seluas 0.4 hektar itu dari kerajaan negeri bagi projek pembinaan hotel 19 tingkat, enam tingkat hospital persendirian dan lima tingkat tempat letak kereta. Penjualan tanah Taman Manggis itu dibangkitkan selepas dikaitkan dengan pembelian banglo oleh Lim pada harga di bawah nilai pasaran. Persidangan dewan bersambung Isnin.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.