..

..

KETUA BAHAGIAN UMNO DEDAH GABENOR BANK NEGARA TAHU RM2.6 BILLION MASUK AKAUN PERIBADI

on Sunday, May 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mendedahkan kandungan pertemuan antara pemimpin UMNO dengan presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak sejurus selepas terbongkar kisah perdana menteri itu telah menerima RM2.6 billion ke dalam akaun perbadinya.
Dalam sesi dialog bersama penuntut Malaysia di Canberra, Australia, Puad berkata, pemimpin UMNO meminta untuk bertemu dengan Najib sebaik sahaja the Wall Street Journal menerbitkan berita kemasukan dana itu.
Dengan tidak memberikan butiran tarikh pertemuan tersebut, namun menjelaskan ia berlaku semasa bulan Ramadan antara 15 Jun hingga 15 Julai tahun lalu.
Manakala Wall Street Journal menerbitkan berita itu pada 2 Julai.
Dalam pertemuan tersebut, Puad berkata, Najib mengakui menerima dana tersebut dan mendakwa telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz dan menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.
“Bila sampai ke rumah beliau, kami bertanya kepada Datuk Seri Najib betulkah you dapat RM2.6 billion. Dia kata betul.
“Beliau tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.
“Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut mungkin ada pegawai di bank negara ataupun ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepada Wall Street Journal.
“Sebab masuk ke akaun peribadi dia dalam negara kena ada kebenaran bank negara dan dia sudah berbincang dengan gabenor bank negara, kena isi dokumen,” kata Puad dalam dialog anjuran Kelad UMNO Australia.
Ujar Puad, Najib turut menegaskan kepada pemimpin UMNO bahawa deposit itu bukan untuk kegunaan peribadinya.
“Sebab itu dia kata kalau duit itu untuk tujuan peribadi dia, lebih baik dia kata masuk ke dalam akaun peribadi dia di luar negara,” jelas Puad pada majlis di Australian National University, Warrumbul Unilodge.
Justeru, Puad berkata, laporan Najib menerima duit itu betul tetapi dakwaan duit itu adalah berpunca dari 1MDB tidak betul.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Buktikannn !Tunjukkan dokumen-dokumen yang berkaitan. Jangan buang masa atau strategi politik nak dedahkan masa dekat PRU- 14.Rakyat mahu kes 1MDB,derma diselesaikan secepat mungkin.

  2. Anonymous says:

    Boleh buat cekeramalah 1MDB ni. . macam2 cerita rekaan dapat dihasilkan oleh pak menteri.Patut adakan award bagi 'cerita terbaik'

  3. Anonymous says:

    Isu 1MDB adalah satu problem besar yang menarik perhatian dunia.Bila ada kaitan dgn duit, maka hujah mesti bukti.Nasihat saya kpd 'pembodek' (ahli politik/bukan)supaya stop! buat kenyataan ttg 1MDB,tanpa fakta sahih.Jangan disebabkan nak seronokkan PM, akibat kenyataan yg tak ada bukti akan saja2 mengelirukan kami, rakyat Malayaia yang akan turun mengundi nanti.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.