..

..

KERANA KES SD PHANG LI KOON , IMEJ POLIS & AG SEDANG DISABOTAJ ??

on Thursday, May 5, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Hari ini kecoh kenyataan Ketua Polis P.Pinang  yang mendakwa kes siasatan terhadap akaun bersumpah didakwa kenyataan palsu telah ditutup Peguam Negara  disiarkan di akhbar NST dan The Sun Daily .

Ia disambut gembira puak-puak DAP terutama Ketua Menteri  dan macai2 mereka apabila mendapat beritan berkenaan . 

Ketika itu  yang dilihat bersalah adalah UMNO P.Pinang  yang sering membuat pendedahan dan laporan Polis terhadap kes ini dengan pelbagai bukti baru diserahkan .  






Tetapi petang tadi telah dikeluarkan kenyataan rasmi  oleh Jabatan Peguam Negara bahawa kes ini belum dibuat apa-apa keputusan dan masih lagi proses kajian dan tindakan . 

Apa dah jadi  ini  antara KETUA  POLIS P.Pinang dan Peguam Negara ?  Mengapa ada percanggahan kenyataan antara penguasa undang2 negara ? 

Ramai memperkatakan isu ini  yang  WIN adalah Guan Eng manakala  POLIS dan Peguam Negara mendapat damaged   !! 

POLIS yang mengeluarkan kenyataan tentunya akan dipersalahkan pihak atasan  manakala Peguam Negara akan dituduh FLIP FLOP dan U Turn dalam menguruskan kes  . 


Persoalannya ,  siapa sebenarnya yang SILAP   dalam isu ini ?? 

Pihak mana  sepatutnya mengeluarkan kenyataan rasmi  tentang status kes siasatan ini ? 

Jawapannya ialah Pejabat Peguam Negara . 

Tugas POLIS menyiasat kes dilapor  dah menyerahkan laporan kes kepada Peguam Negara untuk diambil tindakan seterusnya samada   untuk dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan 

Tetapi mengapa CPO P.Pinang tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan kepada media tanpa menunggu kenyataan rasmi Pejabat Peguam Negara  seperti hari ini  ??

Hingga membuatkan Guan Eng dan macai2 telah KLIMAKS gembira hingga mereka menyindir dan mengutuk TV3 yang sering menyiarkan kes skandal banglo dan tanah taman manggis ini ?

Tentu ada pihak tertentu sedang  sabotaj  dan jadi batu api antara POLIS dan Peguam Negara bagi menghilangkan keyakinan rakyat dalam kes ini yang kita sudah lihat pelbagai bukti diserahkan . 




Siapa yang maklumkan 2 hari lepas keputusan Pejabat Peguam Negara kepada POLIS P.Pinang ? 

Adakah keputusan itu disiasat dengan betul dan teliti kesahihannya maklumat diterima   ?? 

 Mungkin siasatan dalaman  POLIS akan menyiasat perkara ini . 



Gambar di atas menunjukkan inilah kesannya bila kenyataan bercanggah ini disebarkan terus menjadi bahan 

Tak sepatutnya perkara seperti ini berlaku dalam menyiapkan siasatan kes antara POLIS dan Peguam Negara.  

Malah ia akan terus menerbitkan  spekulasi  seperti  Guan Eng bakal terlepas daripada tindakan undang-undang dalam isu rumah banglo murahnya itu selepas kes Phang dikatakan siasatan dihentikan ..  

Jadi , tindakan dan siasatan dalaman harus dilakukan IGP dan AG ke atas isu  ini bagi mencari siapa dalangnya  







Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.