..

..

ISU RUU : ORANG BUKAN ISLAM TAK PERLU KHUATHIR , IANYA HANYA MEMBABITKAN UMAT ISLAM - TPM

on Tuesday, May 31, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Isu usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda undang-undang syariah di Kelantan, tidak akan menjejaskan sokongan bukan Islam kepada Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil (PRK) di Selangor dan Perak.
Keyakinan itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Malah katanya BN khususnya pemimpin komponen bukan Islam akan memberi penjelasan supaya pengundi memahami pindaan itu hanya membabitkan orang Islam sahaja.
Katanya, pewartaan dan pelaksanaan pindaan itu masih terlalu awal dan perlu melepasi tujuh proses termasuk diluluskan oleh Parlimen, Majlis Raja-Raja, pindaan Perlembagaan dan diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Saya fikir perkara ini akan diperjelaskan oleh pemimpin bukan Islam dan ia soal penjelasan yang harus dilakukan supaya pelbagai interpretasi dapat ditangani oleh pemimpin bukan Islam sendiri kerana ia (pindaan) hanya untuk orang Islam.
Jadi saya harap orang bukan Islam jangan terlalu khuatir tentang usul persendirian dikemukakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ia bacaan kali pertama (di Dewan Rakyat) dan banyak proses lain yang akan berjalan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media Malaysia pada sidang medianya di Jepun dalam rangka lawatan kerjanya selama lima hari, pada Isnin.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, calon BN PRK Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid adalah calon terbaik dan boleh menang di antara lima nama disenarai pendek.
Katanya, selain penerangan melalui multimedia, beliau sendiri akan turun memberi penjelasan pada ceramah mengenai pemilihan Mastura dan isu berkaitan hukum Islam yang melingkari pemilihan calon itu yang masih dalam edah dan tidak boleh keluar berkempen.
Beliau berkata, pucuk pimpinan BN sudah merujuk perkara itu kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani sendiri.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    perlu difahami ... bukan Islam terutama cina tahu mereka tak akan disabitkan dengan undangx syariah tapi mereka ni semua susah hati bila ianya di luluskan ..
    lihat saja la rumah urut .. kelab malam .. pelacuran.. siapa pelanggan utama mereka ? sudah pasti MELAYU ISLAM
    melayu no mari ... no money
    kasi bungkus semua

  2. Setuju....bersepah semua, ahlul melayu...gak yg poie...

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.