..

..

ISU JAMBATAN KETIGA SERLAHKAN GUAN ENG MEMANG KAKI PEMBELIT & PENIPU

on Tuesday, May 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Guan Eng cakap di DUN  bahawa Jambatan Ke 3 P.Pinang ditolak kerajaan Pusat menyebabkan dia nak buat terowong dasar laut . 
 Tapi jawapan Menteri pulak dia  tak terima langsung cadangan atau surat pemohonan dari Guan Eng. 
Hari ini diakui sendiri  Guan Eng dia tak hantar lagi surat tapi jika dihantar kerajaan Pusat kena luluskan sebab ia  dibiayai kerajaan negeri (sebab bayaran tol dikenakan ) 
Heran bin ajaib ...nak buat projek berbilion jambatan tuduh kerajaan Pusat tolak tapi sebenarnya satu habuk kertas cadangan  pun tak bagi  . Kalau sembang air liur ja Ketua Menteri DAP ini ...



Kalau pemimpin UMNO lah cakap bohong dan belit seperti ini ..dah lama kena troll dan maki netizen. 
Itu lah perangai  Guan Eng ..tokong besar  DAP yang terkenal sebagai penipu dan pembelit bagi melepaskan diri daripada masalah menimpanya   dengan menyalahkan orang lain .
Sebenarnya dia lupa bukan semua penipuannya  tidak  disanggah . 
Dia tak fikir langsung  risiko sebelum bercakap dan implikasinya . 
Kesannya telah berlaku  daripada nak bina terowong dasar laut kini nak tukar kepada jambatan ke 3 .
Berapa lagi pulak tanah kerajaan negeri akan tergadai kepada pemaju untuk biayai projek ini ?
Sudahlah  tanah kerajaan negeri  tergadai untuk bayar kajian kertas  terowong dasar laut yang  hingga kini belum lagi siap2.....
Kalau ada 10 ketua menteri seperti ini di P.Pinang ..habis lingkop negeri dan pelabur boleh lari  !! 
Sekelip mata saja dia ubah fikiran nak buat apa projek ...haha...



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini merayu kerajaan persekutuan meluluskan permohonan negeri itu membina jambatan ketiga menghubungkan Persiaran Gurney di bahagian pulau dan Bagan Ajam di tanah besar.
“Saya sekali lagi merayu kepada Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Fadillah Yusof) untuk memberikan kelulusan kerana ia (jambatan) akan dibiayai kerajaan negeri. Kita akan buat surat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau berkata selepas kelulusan diberikan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri akan mengemukakan pelan dan maklumat lanjut berhubung cadangan pembinaan jambatan itu.
“Tanpa kelulusan itu, adalah sukar untuk membelanjakan berjuta-juta ringgit hanya untuk melakukan kajian kebolehlaksanaan atau pelan terperinci,” katanya,
Semalam, Fadillah meminta kerajaan Pulau Pinang mengemukakan semua dokumen yang berkaitan untuk permohonan pembinaan jambatan ketiga kerana mahu menilai permohonan itu berdasarkan merit, kos jangka panjang dan faedah kepada rakyat sama seperti mana-mana permohonan atau cadangan projek pembinaan.
Sementara itu, ketika ditanya berhubung kunjungan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke rumahnya di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang semalam, Lim meminta perkara tersebut dirujuk kepada peguamnya.
Ditanya adakah kunjungan itu satu serbuan atau lawatan, Lim berkata: “Tiada yang diambil dan selebihnya saya serahkan kepada peguam saya.”
Pegawai SPRM hadir ke rumah Lim untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya yang dikatakan pada harga di bawah nilai pasaran.
– BERNAMA


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Kasi tukar la tu kaki temberang punya cm...... Dapigs tak de cina lain ke?

  2. Anonymous says:

    Khabarnya hasil kajian preliminary pembinaan terowong tidak viable kerana banyak masalah dan merbahaya. Ini akan menakutkan pengguna dan kutipan tol dijangka tidak dapat menampung kos operasi dan penyelenggaraan terowong. Apatah lagi kedudukannya agak berdekatan dengan Aceh epicenter tsunami yang yang mengorbankan hampir 250,000 orang. Kesanya sampai ke tanjung tokong. Jika terjadi sesuatu anda akan hilang di dasar laut.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.