..

..

ISU BANGLO MURAH GUAN ENG KINI JADI BAHAN JENAKA MEMALUKAN RAKYAT P.PINANG

on Wednesday, May 25, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


HEBAT !!  BANGLO ANAK KIT SIANG KINI MENJADI TARIKAN PELANCONG KE P.PINANG ! 

Tanpa sebarang peruntukkan bagi mengupah untuk publisiti  , ia kini menjadi lokasi wajib pelancong bagi melihat sendiri seorang pemimpin No 1 P.Pinang tinggal  yang telah  membeli banglo murah tanpa swimming pool. 

Menariknya , berita ini bukan akhbar arus perdana UTUSAN yang melaporkan tetapi akhbar CINA sendiri .  

Ia menunjukkan banglo murah yang menjadi kontroversi ini  terus dipersoal rakyat negeri dari kaum CIna  yang terkejut dengan intergriti seorang yang Ketua Menteri boleh memberli harga banglo begitu murah daripada pemilik rumah yang mempunyai kepentingan dalam projek  kerajaan negeri 

Malah TKM 2 P.Pinang mengakui kerajaan Negeri telah menganugerahkan projek kepada Syarikat Phang Li Koon iaitu pemilik banglo ini . klik di sini 

Apakah Guan Eng akan mencipta sejarah buat pertama kalinya dari seorang Ketua Menteri dari  P.Pinang  didakwa di Mahkamah dalam isu pembelian banglo kontroversi ? 








Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh disiasat di bawah seksyen yang memperuntukkan hukuman lebih berat berbanding yang pernah dihadapkan ke atas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dalam isu pembelian banglo kontroversi beliau.

Ketua Kluster Gover­nans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, namun perkara ini tertakluk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai pihak yang melakukan siasatan dalam kes ini.

Katanya, selain Seksyen 165 Kanun Keseksaan seperti yang digunakan terhadap Mohamad Khir, Seksyen 161 kanun tersebut turut diguna pakai dalam menyiasat kes-kes membabitkan penjawat awam dalam mendapatkan sesuatu tanpa balasan mencukupi ketika melakukan urusan rasmi.

“Jika bukti tidak mencukupi di bawah Seksyen 161 dan tidak mencapai tahap tinggi sudah pasti SPRM tidak akan memilih seksyen tersebut. Ini kerana pembuktian perlu mencapai 90 peratus untuk diteruskan bagi tujuan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir didakwa dan didapati bersalah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, bagi Seksyen 161 iaitu penjawat awam menerima suapan kecuali bayaran di sisi undang-undang berkenaan dengan sesuatu perbuatan rasmi boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Jelas Nik Ahmad Kamal, walaupun Seksyen 165 kanun itu melibatkan kesalahan penjawat awam menerima barangan berharga dengan tiada balasan, namun pihak SPRM boleh menukarkan kepada Seksyen 161 jika mempunyai bukti yang lebih kuat.

“Mereka tidak boleh menghiraukan Seksyen 161 itu tetapi kalau ada bukti yang mencukupi ia boleh diubah jika dari Seksyen 165 kepada 161.

“Semua ini bergantung kepada SPRM, kita di pihak luar tidak tahu apa yang berlaku dalam siasatan. Justeru, apa jua keputusan termasuk jika tiada pendakwaan adalah mengikut siasatan yang dijalankan,” katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, sekiranya kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 165, namun kesalahan yang dijumpai lebih serius maka tiada halangan untuk pihak berkuasa menggunakan kepada seksyen lain.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.