..

..

HARU BIRU ..PAS ARAH PAKATAN HARAPAN JANGAN LETAK CALON PRK #SG BESAR & #KUALA KANGSAR

on Friday, May 13, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Isu calon parti pembangkang terus panas yang bermula di PRN   Sarawak berterusan hingga ke PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.  
PAS tidak mahu parti Pakatan Harapan masuk tanding PRK ini kerana ia beri kelebihan kepada BN dan merupakan kerusi tradisi mereka. 
Manakala Pakatan Harapan pulak tidak mahu terlepas tanding di kerusi ini mahu memulihkan imej parti mereka selepas kalah teruk PRN Sarawak . 
Gesaan Tuan Ibrahim Tuan Man tentunya tidak dihiraukan Pakatan Harapan kerana PAS pun sebelum ini bertanding di PRN Sarawak yang turut ditandingi calon Pakatan Harapan  . 
Perbalahan ini nampaknya tidak akan berkesudahan dan ia akan berterusan hingga hari penamaan calon dan kempen PRK ini 



PAS menggesa parti pembangkang lain tidak menurunkan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan meletakkan calon semata-mata untuk menguji sokongan tidak akan memberikankelebihan, sebaliknya hanya akan menguntungkan BN.
“Sehubungan dengan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan dalam waktu terdekat, diharapkan tiada parti pembangkang lain yang meletakkan calon sekadar untuk menguji sokongan.
“Hal ini kerana, tindakan sedemikian tidak lebih hanya memberi peluang besar bagi BN memenangi PRK ini,” katanya dalam satu kenyataaan hari ini.
Ujar beliau lagi, pemimpin di blok pembangkang perlu sedar pertembungan sesama blok pembangkang hanya akan merealisasikan bidalan “yang kalah jadi abu, menang jadi arang”.
“PAS akan bertempur habis-habisan terhadap UMNO/BN di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kedua-dua kerusi ini ialah kerusi tradisi PAS, oleh itu PAS telah tegaskan akan meneruskan tradisi dengan meletakkan calon di kedua-dua Parlimen ini.
“Fokus blok pembangkang ialah menumbangkan BN. Kalau ini terus menjadi matlamat penyertaan dalam PRK ini, maka sewajarnya semua pihak berusaha agar BN dapat dikalahkan.
“Sebarang tindakan mana-mana parti pembangkang yang meletakkan calon bermakna mereka memberi tongkat kepada BN,” tegas beliau lagi.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Lawan tetap lawan

  2. Anonymous says:

    Umno sekarang dalam keadaan lemah...ahli pun ramai yg tak menyokong parti itu sekarang disebabkan oleh skandal 1NDM. Pru lepas pun majority pun ciput je. Jadi Pas tak perlu risau.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.