..

..

GUAN ENG & ISTERI DIPANGGIL MENGADAP SPRM , JANGAN LUPA SEDIAKAN KOPI STARBUCKS

on Friday, May 6, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Akhirnya Ketua Menteri DAP korup yang membeli banglo murah akan dipanggil untuk diambil keterangan SPRM .   Sudah lama menunggu dan kini baru dipanggil untuk disoal siasat. 

Harap Tokong DAP ini disediakan juga  kopi Starbucks semasa memberi keterangan esok  kerana sebelum ini beliau kempunan betul  nak minum kopi dengan MP Tasek Gelugor Datuk Shahbudin Yahya . 

Mungkin  kerana isu rumah banglo inilah dia ketagih nak minum kopi agaknya ..haha..



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isteri Betty Chew esok bagi membantu siasatan berhubung pembelian banglo bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.

Pengarah Siasatan SPRM negeri Datuk Azam Baki berkata Lim dan isteri dijangka memberi keterangan di pejabat SPRM, Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini kira-kira pukul 9.30 pagi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Lim dan isteri akan dirakam percakapan di SPRM Pulau Pinang jam 9.30 pagi esok,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga kini 62 saksi telah dipanggil memberi keterangan berhubung perkara itu.

Sebelum ini beberapa pihak termasuk Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Pulau Pinang membuat laporan kepada SPRM dan meminta pihak berkuasa menyiasat pembelian banglo oleh Lim yang didakwa di bawah harga pasaran dan urusan jual beli tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.

Pembelian banglo oleh ketua menteri Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat, Mac lepas.

Shabudin, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, turut meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian ke atas hartanah berkenaan.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.