..

..

EURO CENTRIC BENTUK PENJAJAHAN PEMIKIRAN BARU DIBIDAS ADUN UMNO

on Sunday, May 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Agak menarik kali ini isu dibawa Adun UMNO ke Sidang DUN P.Pinang .  Selain isu-isu semasa seperti tanah Taman Manggis dan penambakan laut untuk projek mega terowong ini , turut disentuh isu P.Pinang sudah menuju ke arah Euro Centric .
Ia bermaksud nama-nama di jalan , kampung , bangunan , pusat pelancongan akan ditukarkan ke nama inggeris lebih moden dan dilihat memadamkan sejarah asal tempat itu dan tidak menonjol identiti melayu india dan cina . 
Mungkin Kerajaan Negeri mengikut jejak langkah SIngapura yang sudah lama melakukan hal ini dan sejarah asal tempat itu sudah tidak diketahui generasi sekarang. 

Turut dikesali Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid ialah sikap Adun Melayu dalam PKR dan seorang dari PAS membisu dan tidak berani mempejuangkan kepentingan Melayu Islam kepada kerajaan negeri   dari segi soal mereka hendak  berniaga kecil dan perlukan bantuan  kebajikan . 

Adakah mereka fobia atau takut mempejuangkan  jika ia membabitkan isu Melayu dan Islam ??


ISU 'EURO CENTRIC' DAN FOBIA PEMIMPIN MELAYU-ISLAM PULAU PINANG 

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid sedang menyampaikan ucapan di DUN Pulau Pinang sekarang.
ADUN Teluk Air Tawar itu berkata, Pulau Pinang seakan ke arah 'Euro Centric' apabila nama-nama kampung, jalan, bangunan, pusat peranginan, arena komersial, taman-taman yang sepatutnya menonjol identiti Melayu, Cina dan India telah di'Inggeris'kan.
Beliau turut membangkitkan mengenai langkah institusi Islam negeri dalam memelihara ibu tunggal yang dianiaya serta ibu tunggal kepada wakil rakyat, yang seakan diabaikan oleh pemimpin Islam dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri.
Seorang lagi ADUN UMNO/Pembangkang dari Kawasan Pulau Betong, Sr. Muhamad Farid Saad pula bertanya mengenai komitmen Kerajaan Negeri dalam memartabat lagi institusi pendidikan Islam swasta di negeri ini.
Di lobi, saya dan beberapa wartawan lain bertanya, kenapa ADUN UMNO sahaja yang lantang mengenai isu membabitkan kepentingan Melayu dan Islam?
Dan, di mana suara-suara ADUN Islam dan Melayu daripada blok Pakatan Harapan dan seorang ADUN PAS dalam isu berbangkit?
"Mungkin kerana terlalu nak 'Euro Centric' sangat, bercakaplah mengenai Penang Cleaner, Greener, Healthier & Safer, sampai di mana identiti Melayu, Cina, India rakyat Malaysia yang sebenar.
"Kalau 10 tahun dulu ada Melayu berniaga burger, sekarang pun mereka masih berniaga burger dan apa yang dilakukan oleh pemimpin kita untuk memartabat peniaga-peniaga kecil kita, selain bercakap Penang Cleaner, Greener, Healthier & Safer sahaja," sinis Jahara tanpa menuding jari kepada mana-mana ADUN baik dari blok pembangkang mahupun kerajaan.
FB : YB DATUK JAHARA HAMID 


One Response

  1. Anonymous says:

    Memang kearah itu. Nama pun ala inggeris.... Kenny, Robert, Angelina, Elize dll. Memang terang tindakan mereka ni.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.