..

..

AZMIN MULA WAYANG , NAFI BERI KATA DUA KEPADA PAS JIKA TANDING PRK SUNGAI BESAR

on Thursday, May 19, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



gelora dan suasana tidak pasti masih menyelubungi pihak pembangkang mengenai isu siapa bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Sekalipun PAS sudah tidak berganjak akan bertanding di kedua-dua kerusi menentang BN namun tandatanya kini yang belum beres apakah PKR atau Parti Amanah Negara (PAN) akan mencelah ‘ kacau daun’. 

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmn Ali Khamis menafikan laporan yang mendakwa beliau telah beri kata dua kepada tiga Exco Kerajaan Negeri Selangor dari parti PAS letak jawatan jika parti itu berkeras hendak bertanding di Sungai Besar. 

 Menurut The Star Online pada sebelah pagi Khamis,Azmin mahu PKR tanding di Sungai Besar dan sedia runding agar PAS dapat bertanding tanpa gangguan di Kuala Kangsar. Beliau dikatakan berpendapat PKR lebih dapat menarik undi Cina di situ berbanding PAS dan Parti Amanah.

 Ditemui wartawan selepas satu mesyuarat di Shah Alam,Menteri Besar Selangor itu kata “Gila.

Tidak ada dan tidak benar” mengenai laporan beri kata dua itu kepada PAS. Namun beliau masih tidak dapat beri kepastian samada Pakatan Harapan akan tanding atau tidak di Sungai Besar atau Kuala Kangsar.

 “Sekarang kita fokus kepada perbincangan tentang kerusi dan mereka masih belum putuskan lagi,”katanya. 

 Beliau juga memberitahu akan menemui Parti Amanah hari ini mengenai hal berkenaan. Azmin sebelum ini ada menegaskan mahu pertandingan satu lawan satu dalam pilihanraya kecil ini kerana tidak mahu ulangi kesilapan semasa pilihanraya negeri Sarawak.

 Kepada satu soalan lain,Azmin bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada PAS akan kekal dalam kerajaan negeri jika terus bertanding dalam kerusi sama yang diidamkan PKR.

 “Jangan buat sebarang kesimpulan,”katanya.- 19/5/2016


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.