..

..

5 ADUN PKR P.PINANG AKAN BUAT KEJUTAN ESOK USUL TERGEMPAR KEPADA KERAJAAN DAP

on Friday, May 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Lima ADUN PKR yang berkecuali terhadap usul dibawa Umno dalam isu penambakan laut di Pulau Pinang tahun lepas merancang untuk membuat kejutan di dewan undangan negeri esok.

Difahamkan usul tergempar terhadap isu penambakan itu akan dibentangkan bersama oleh lima ADUN PKR- Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Norlela Ariffin (Penanti), Lee Khai Loon (Machang Bubok), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Ong Chin Wen (Bukit Tengah).

Mereka disertai oleh Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah), yang sebelum ini menyokong Umno semasa usul itu dibentangkan dan dibahaskan pada November tahun lepas.

Teh, yang ketika itu setiausaha organisasi DAP Pulau Pinang, menarik balik sokongannya selepas 30 minit.

Difahamkan usul tergempar yang akan dibentangkan esok itu juga akan disokong ADUN BN dan lain-lain wakil daripada Pakatan Harapan.

"Ia jika berlaku esok, ini akan menjadi kali pertama bahawa satu langkah untuk manfaat rakyat Pulau Pinang sedang disokong oleh kedua-dua belah blok politik," kata wakil rakyat yang enggan namanya disiarkan.

Norlela yang enggan menjelaskan dengan lebih lanjut, berkata "Ia akan menjadi satu kejutan yang besar".

Difahamkan usul itu menggesa kerajaan negeri supaya tidak meluluskan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dengan kos RM27 bilion sehingga Kajian Terpeinci Mengenai Kesan Alam Sekitar (DEIA) selesai.

Kerajaan negeri juga diminta untuk mencari alternatif lain dan bukannya dengan menambak tiga pulau buatan, untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Kepada YB PKR Dan DAP..berikan so long an and a kepada YAB LGE..beliau bnyk membawa perubahan utk negeri Pulau Pinang..mantapkan lagi silaturahim dgn beliau. Harap akan memerintah lagi pads Pru akan satang.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.