Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) SAC Dev Kumar M. M. Sree Shunmugam berkata kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Enam laporan polis telah diterima di Sibu berkenaan laporan berita yang dikatakan telah ditulis oleh seorang wartawan portal berita berkenaan.

"Kita akan memanggil wartawan berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Wartawan itu menulis berita bertajuk 'Undi BN untuk pastikan umat Islam jadi KM Sarawak' yang dipetik di luar konteks ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee di Sibu.
Laporan berita Malaysiakini itu menyebabkan timbulnya kekeliruan dan kemarahan rakyat Sarawak. - BERNAMA