..

..

PERLUKAH MEDIA HENTI SERANGAN TERHADAP GUAN ENG ? #LGERasuah

on Friday, April 1, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Saya tertarik untuk mengulas tulisan Amran Ahmad dalam FMT yang bertajuk ‘Hentikan Serangan Terhadap Guan Eng’. Tulisan beliau seolah-olah mencadangkan bahawa etika media massa di Malaysia bukan hanya dari sudut falsafahnya sahaja menyimpang tetapi juga daripada aspek demokrasi dan etika kewartawanan itu sendiri kerana melibatkan pihak-pihak yang berpengaruh dan berkuasa dalam pengawalan maklumat.
 Maka secara langsung saya andaikan bahawasanya satu bentuk kefahaman yang mendalam terhadap etika dan pendemokrasian kewartawanan di samping asas etika yang lebih efektif dan berkesan perlu diusahakan agar pengertian, amalan dasar etika yang sebenarnya boleh diwujud dan dipraktikkan.
Media dan pembangkang
 Tetapi adalah tidak adil untuk meletakkan beban kesalahan ini hanya apabila timbulnya isu penyelewengan kepercayaan rakyat oleh ahli politik pembangkang yang menjadi kritikan utama media-media arus perdana di negara ini sedangkan pada masa yang sama kita memilih dengan sengaja untuk mengetepikan fakta akan bagaimana pembangkang menggunakan media baru yakni portal berita online untuk melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan?
 Analisis prejudis yang berbahaya beginilah yang sepatutnya dikritik dan diperbetulkan daripada peringkat yang awal lagi namun ketika itu rata-rata pemimpin pembangkang yang mempunyai kaitan rapat dengan sesetengah portal berita online ini mempertahankan segala macam sebaran maklumat yang tidak benar dan diragui ini atas dasar kebebasan media dan ekspresi. Kini apabila perkara yang sama digunakan oleh media arus perdana maka dikatakan sebagai haram dan salah. Alahai....
Misalnya ada portal berita online yang memainkan isu-isu rakyat dengan hanya berpandukan ’sumber yang boleh dipercayai’ sahaja manakala ada pula portal berita online yang memutarbelit kenyataan Kerajaan semata-mata untuk mencabar kesensitivitian rakyat. 
Namun Kerajaan dalam kebanyakkan masanya bersifat ’lembut’ dan sering tunduk kepada pembangkang yang tidak pernah kering bibir bercakap tentang kebebasan media di negara ini. 
Tidak ada salahnya media mengkritik Lim Guan Eng
 Andaikata segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri oleh sesetengah portal berita online yang berpaksikan pembangkang ini dilihat sebagai sesuatu yang perlu diterima secara terbuka atas nama kebebasan media maka apa isunya apabila media arus perdana menyerang seorang Ketua Menteri yang secara jelas dilihat menyimpang daripada norma Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT) yang diperkenalkan oleh kerajaan negerinya sendiri.
Bukankah ini juga satu bentuk kebebasan media yang diperjuang dan dipertahankan oleh pembangkang selama ini?
Oleh Edwin Michael
Edwin Michael merupakan seorang Pensyarah Sains Politik dan Kewartawanan serta Pelajar Ijazah Kedoktoran dalam bidang media dan politik di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampus Perak
It's only fair to share...


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.