..

..

MEMALUKAN ! PENULIS ROKETKINI PERTAHAN KES GUAN ENG BELI RUMAH BANGLO MURAH BUKAN JENAYAH

on Sunday, April 3, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Cukup memalukan penulisan murahan di Roketkini yang mempertahankan skandal Guan Eng membeli rumah banglo dengan harga murah bukan jenayah.

Beliau tidak menjawab kaitan Phang Li Koon dalam syarikat KLIDC dan sebaliknya mendakwa Guan Eng tiada dalam mensyuarat tender menjual tanah Taman Manggis sekaligus tidak boleh mengaitkan Ketua Menteri ini dalam isu jual beli banglo didakwa sebagai rasuah  . 


  Phang Li Koon juga telah membuat akuan bersumpah merupakan taktik untuk mengaburi rakyat Malaysia untuk menafikan bahawa beliau terlibat dalam mana-mana syarikat yang berurusan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Tetapi ia disangkal dengan beberapa laporan polis dibuat mendedahkan kaitan hubungan syarikat Phang dengan kerajaan P.Pinang dan terbaru Pengurus Kanan syarikat Phang berada di dalam MBPP sebagai Ahli Majlis MBPP. 







Dalam Kes Mohamad Khir Toyo lawan Kerajaan Malaysia, beliau didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.
Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti berlaku unsur rasuah. Ia hanya perlu membuktikan seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi.
Tujuan seksyen ini ialah membolehkan Pendakwaraya mendakwa mana-mana penjawat awam yang disyaki mengambil rasuah tetapi tidak dapat dibuktikan unsur rasuah tersebut mengikut Akta Pencegahan Rasuah.
Beban pembuktian melalui Seksyen ini sangat mudah. Apa yang perlu dibuktikan ialah tertuduh telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan tertuduh sebagai penjawat awam.
Dalam kes Dr Khir Toyo beliau telah membeli rumah terbengkalai dengan harga RM 3.5 juta mengikut penilaian daripada Penilai Hartanah Rahim and Co daripada Syarikat Ditamas Sdn Bhd.
Namun beliau didapati bersalah kerana Mahkamah berpendapat bahawa beliau mengetahui balasan tersebut tidak mencukupi kerana beliau tahu harga asal rumah tersebut yang dibeli Ditamas ialah RM 6.5 juta.
Walaupun rumah tersebut sudah runtuh dan separuh siap, namun Mahkamah Persekutuan menerima hujahan bahawa tertuduh telah melakukan transaksi pembelian hartanah dengan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau dan balasannya tidak mencukupi.
Orang dalam kes ini, Shamsudin Haryoni, merupakan salah seorang pemilik saham syarikat Ditamas. Shamsuddin juga merupakan salah seorang pemegang saham syarikat Pengarah Urusan Roniaga Sdn Bhd yang mempunyai hubungan rasmi dengan kerajaan negeri Selangor.
Elemen kedua dalam perkara 165 yang perlu dibuktikan ialah hubungan rasmi antara penjawat awam dengan penjual atau pembeli. Mahkamah memutuskan pihak pendakwa tidak perlu membuktikan berlakunya unsur rasuah dalam pertuduhan di bawah Perkara 165, Akta Kanun Keseksaan.
Dalam kes Khir Toyo, salah seorang pemilik syarikat hanya mendapat surat sokong Khir Toyo. Walaupun surat sokongan tersebut telah ditolak oleh PKNS, Mahkamah berpendapat hubungan rasmi itu dan hubungan baik Shamsuddin dan Khir Toyo serta pengetahuan Khir mengenai harga rumah asal tersebut merupakan elemen yang mencukupi bagi mensabitkan kesalahan.
Dalam kes kes Lim Guan Eng hari ini, beliau dengan jelas mengakui mengetahui pembelian hartanah tersebut jauh lebih rendah dari harga pasaran.
Ini bermakna ketika Khir Toyo mendakwa beliau membeli hartanah tersebut mengikut harga pasaran tetapi masih didapati bersalah, mustahil Lim Guang Eng boleh melepaskan diri dari hukuman apabila secara terang-terangan mengakui beliau tahu harga rumah beliau di bawah harga pasaran.
Dalam konteks Lim Guang Eng, hubungan tersebut jelas apabila salah seorang pemilik rumah tersebut juga merupakan pemilik saham sebuah syarikat yang telah diberikan lot tanah untuk pembangunan di Pulau Pinang. - MYKMU.NET




One Response

  1. Anonymous says:

    Tunggu macc bawak kes ke mahkamah...... Tunggu......... Jangan lari dan divert isu......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.