..

..

LAYANAN KES SKANDAL GUAN ENG OLEH SPRM DIPERSOAL

on Tuesday, April 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Parti Cinta Malaysia (PCM) mempersoal ‘layanan’ berbeza yang diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berbanding ketika suruhanjaya itu menangani isu melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Huan Cheng Guan Huan Cheng Guan Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, dalam kes penjualan tanah di Taman Mang­gis dan pembelian banglo oleh Guan Eng, gerak kerja SPRM dilihat begitu perlahan tetapi ketika isu dana RM2.6 bilion dilaporkan media antarabangsa, tindakan pantas dengan segera diambil oleh suruhanjaya itu.

Katanya, selepas akhbar The Wall Street Journal melaporkan mengenai RM2.6 bilion pada 3 Julai, pasukan petugas khas segera dibentuk dan serbuan ke atas SRC International, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana dibuat pada hari yang sama, sebelum langkah membekukan enam akaun bank dikuatkuasakan pada 6 Julai. Bagaimanapun jelasnya, dalam isu Guan Eng, walaupun pendedahan dibuat di Dewan Rakyat pada 17 Mac 2016, SPRM hanya mengeluarkan kenyataan akan membuka kertas siasatan pada 19 Mac dan sehingga kini tidak diketahui sama ada segala dokumen berkaitan penjualan tanah di Taman Manggis serta pembelian banglo itu sudah dirampas atau belum.

“Kalau dalam kes RM2.6 bi­lion melibatkan Perdana Menteri, SPRM cuma mengambil masa tiga hari sahaja untuk menyerbu SRC International, Ihsan Perdana dan Gandingan Menteri sebelum enam akaun bank berkaitan dibekukan, mengapa dalam kes melibatkan Guan Eng ini kemajuan siasatan SPRM dilihat begitu perlahan?

“Jadi kita hendak tahu mengapa? Apakah Guan Eng sudah dipanggil? Jika belum kenapa SPRM berle­ngah. Kalau dalam kes RM2.6 bilion, enam akaun bank dibekukan, bagaimana dengan kes Guan Eng?

 Mengapa sehingga kini tiada suspek ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Guan Eng terpalit dengan kontroversi selepas beliau didedahkan membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, Jelutong, Pulau Pinang pada harga hanya RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran semasa hartanah di kawasan tersebut boleh mencecah sehingga RM5 juta.

Lebih menimbulkan kontroversi apabila pemilik banglo itu, Phang Li Khoon, turut dikaitkan dengan individu dalam sebuah syarikat yang berjaya membeli ta­n­ah di Taman Manggis, yang sebelum ini diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) tetapi kini dirancang pemaju untuk dibina hospital swasta dan hotel.

Dalam perkembangan berkaitan, Cheng Guan mempersoal mengapa Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah SPRM tidak menegur Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berterusan mempertikaikan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tetapi pantas menolak apabila debat terbuka mahu dibuat dalam isu melibatkan Guan Eng.

“Jika jawatankuasa ini pun tidak mampu bertindak sehingga dilihat bebas, saya fikir lebih baik jawatankuasa ini dibubarkan sahaja,” katanya. -


3 Responses

  1. Anonymous says:

    tidak menghairan kan kalau pada pendapat aku.....semua orang dah sedia maklum dan boleh agak cara SPRM berkerja....

  2. Anonymous says:

    Dalam isu banglo tanpa kolam tersebut, apa yang dapat diperhatikan ialah;
    1. SPRM sangat perlahan dalam melaksanakan 'kerja buat' jabatan mereka.
    2. Kaitan banglo & Taman Manggis seolah tidak dilayan dengan sewajarnya oleh SPRM.
    3. SPRM dinilai 'bias' dan mereka kekal begitu dengan tarbiah pemimpin atasan mereka yang propembangkang. Mereka seolah berpakat dengan pembangkang agar mereka sesekali dihentam oleh pembangkang agar mereka tidak dilihat propembangkang. Agenda terancang.
    4. Pemimpin2 BN sendiri bertindak tidak bijak kerana cuba membawa kes salah laku dan salah guna kuasa LGE ke dalam isu politik. Kenapa tidak menjadikan kes Khir Toyo sebagai sandaran? Kes jenayah dan moral ada nilainya dan tidak akan selesai dengan hanya berdebat. Wadah yang sesuai ialah mahkamah, bukan ruang debat!
    5. Kerajaan seolah buta mata dan hati kerana masih tidak sedar bahawa penjawat2 awam kumpulan atasan di SPRM yang dibayar gaji tinggi adalah pengkhianat dan berusaha menjatuhkan pihak yang menggaji mereka.

  3. Anonymous says:

    NOTA:MENGENALI BLOG POLITIKPUTRAMERDEKA.BLOGSPOT.COM

    UNTUK MENGENALI SESUATU BLOGGER RED BEAN ARMY ADALAH TENTERA UPAHAN RED BEAN ARMY YANG DIDALANGI DAPigs RASIS LIM GUANG ENG.

    CIRI-CIRI RED BEAN ARMY
    1. BUAT CERITA FITNAH DENGAN FAKTA DIPUTAR BELIT
    2. TERTUMPU PADA SATU ISU SAJA 1MDB DAN KEMPEN FITNAH DAN BURUKKAN NAJIB
    3. SUMBER BERITA MESTI DIPETIK DARI LUAR NEGARA SPT WSJ.. SWISS BANK.. SINGAPORE BANK.. DAN PANAMA NEWS( TERBUKTI NAMA ANAK MAHATHIR NO 1 DALAM LIST PANAMA...SEBAB ITU TIBA-TIBA SENYAP )
    4. ISU ISU BERAT SEPERTI BANGLO TERLAJAK LARIS DAN PENIPUAN KERAJAAN SELANGOR SKANDAL DIEG RM40 BILLION DAN ERLALU BANYAK ISU DI SELANGOR TIDAK DAPAT TEMPAT DALAM SEMUA BLOG RED BEAN ARMY)
    5. MENGENAI HANSARD DALAM PAC DLM IMDB YANG DIKELUARKAN SUDAH DIJAWAB OLEH AHLI MESYUARAT PAC SPT TAN SENG GIAW MENGESAHKAN NAJIB TIDAK TERLIBAT..TETAPI RED BEAN ARMY MASIH MENGUNAKAN HUJAH HANSARD DALAM LAPURAN PAC UNTUK LANJUTKAN PUTAR BELIT FAKTA HANSARD ITU SENDIRI

    6. TENTERA RED BEAN ARMY MEMAUTKAN LINK BLOG KE LINK PENYOKONG BLOGGER KERAJAAN SUPAYA DAPAT HITS DAN RATING YANG TINGGI..KAJIAN YG DIJALANKAN BLOGGER RED BEAN ARMY SUKAR DAPAT RATING YANG TINGGI DIKALANGAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA SABAH DAN SARAWAK.

    BOLGER BARUA BERTINDAK MENGGUNAKAN NAMA DOMAIN YANG DISUKAI RAMAI SEPERTI BLOG INI PUTRA MERDEKA UNTUK MENBELABUI MATA PEMBACA.

    SIASATAN YANG DIJALANKAN KESEMUA MODUS OPERANDI TENTERA RED BEAN ARMY MESTI MEMPUNYI CIRI CIRI SEPERTI DIATAS

    TERAKHIR PERLU KAH KITA MENGUNJUNGI BLOG RED BEAN ARMY INI...
    JAWAPAN NYA : PERLU SEBAB SEPERTI KITA DALAM RUMAH, PEJABAT ATAU RESTORAN ANGGAP SAJA BLOGGER RED BEAN ARMY INI SEBAGAI TANDAS DI RUMAH , RESTORAN ATAU PEJABAT SINGGAH UNTUK KOMEN DAN'BUANG HAJAT DAN SEGALA ISI PERUT' DALAM BLOGGER RED BEAN ARMY HAPRAK INI.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.