..

..

KRITIKAN ADUN PAKATAN HARAPAN KEPADA GUAN ENG BUKTI PEMERINTAHAN DAP HANYA RETORIK @dzainalabidin

on Thursday, April 28, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, kritikan yang dilempar pemimpin Pakatan Harapan terhadap kepimpinan buruk Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang ibarat bangkai gajah busuk yang tidak mampu selamanya disorokkan lagi.

 Jelasnya, jika pada awal pemerintahan Dap di Pulau Pinang, segala kesalahan diletakkan kepada Barisan Nasional (BN) selaku pemerintah terdahulu, kini Dap tidak boleh lagi menuding jari kepada pihak lain.

 Ini kerana tegas beliau pemimpin mereka sendiri yang sudah mula bersuara yang ternyata sudah jelak dengan retorik Dap yang terlalu pentingkan kuasa sehinggakan kepentingan rakyat terabai.

 Jahara berkata demikian mengulas mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Dap dan PKR yang mendakwa Kerajaan Dap Pulau Pinang tidak meluluskan kebanyakan usul yang dicadangkan untuk dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

 “Apa sahaja usul yang dilihat berpotensi untuk mendedahkan kelemahan pentadbiran Guan Eng maka ianya akan tolak. Sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama. Dulu mereka salahkan BN tapi kini ADUN mereka sendiri membidas.

 “Ini jelas membuktikan bahawa kepimpinan Dap hanya penuh retorik dan tidak demoktratik. Mereka tidak mahu menerima sebarang kritikan dan kerana itulah pentadbiran mereka semakin lemah,” ujar beliau.

Tambah beliau, pemimpin Pakatan Harapan kini tidak mampu lagi menjadi lembu dicucuk hidung dan hanya melihat rakyat menjadi mangsa kepada Dap yang tamak. 

“Oleh itu rakyat harus membuka mata dan sedar bahawa hanya BN yang mampu merubah dan mengotakan janji.
Berilah peluang untuk BN kembali memerintah BN dan bandingkanlah betapa kami jauh lebih baik daripada Dap.

 “Jika sudah orang mereka sendiri mula bersuara sehinggakan ada yang menangis semasa meluahkan perasaan dalam sidang Dun, bayangkanlah betapa teruknya pemerintahan Dap ini,” tegasnya lagi.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.