..

..

KEBAJIKAN BEKAS TENTERA & BALU TAK TERBELA , APA MENTERI SELFIE BUAT ??

on Saturday, April 23, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Ramai sebenarnya orang  tidak ketahui cerita  kebajikan bekas tentera dan balu tentera yang mana 90 % adalah  bangsa Melayu yang tidak terbela .

 Isu penyelarasan  pemberian pencen serta bekas tentera tiada pencen ini  terus berpenjangan dan sudah 3 tahun Menteri bertanggungjawab  berjanji untuk menyelesaikan .

Kalau korang  membaca kenyataan status FB  oleh Presiden PVTM Ali Baharom , dia  banyak menyuara kan masalah dan isu kebajikan bekas tentera.

 Selaku penyokong tegar kerajaan BN dan UMNO , dia  tidak mahu masalah kebajikan ini menjadi nanah dan kudis kepada sokongan daripada bekas tentera dan keluarga mereka kepada kerajaan BN   di PRU akan datang.


Kalau Menteri  sendiri tak mahu ambil tanggunjawab dan serah bulat-bulat  kepada Timbalan untuk settle  soal kebajikan bekas tentera , lebih baik tak payah  duduk di Kementerian ini kalau itu sebagai beban  .

Senang banyak la  kalau jadi  Menteri ke sana sini hanya bergambar selfie saja dengan anggota tentera saja .


Jangan nanti sampai Menteri Selfie akan malu besar  bila bekas tentera dan balu beramai-ramai   membuat demontrasi menuntut hak dan kebajikan  mereka dibela  di depan pejabat MINDEF .

Tak kan nak tunggu sampai Perdana Menteri kena campur tangan isu ini ..Malu beb !!




Saya ‪#‎Ali‬ Tinju Memperjuangkan Nasib MELAYU.. Memohon Jasa Baik Kpd Semua Ahli Majlis Tertinggi Parti UMNO (MT) Supaya Membincangkan Isu Kebajikan Bekas Tentera dan Balu Tentera 90% Bangsa MELAYU 1Malaysia.
Seperti :
1. Penyelarasan Segera Pencen Lama Bekas Tentera.
Seperti Contoh Pencen Pegawai Waren 1 2003 lebih tinggi daripada Pencen Prebet kearah Wawasan 2020 Malaysia Boleh!!
2. Bekas Tentera Tidak Berpencen.
Kenapa PRU 13 Kerajaan Memerintah boleh meluluskan pemberian OneOff Rm1ribu kpd kami .. persoalannya kenapa tidak diteruskan 2014, 2015. 2016, 2017 dan PRU 14 ?
3. Balu Tentera Tidak Berpencen.
Pemberian OneOff kpd Balu Tentera harus diteruskan oleh kerajaan memerintah.
4. Batalkan Kesalahan Bekas Tentera Lama.
Contohnya walaupun sudah di berhentikan lebih 5tahun keatas hukumannya sampai mati tidak dibenarkan mendapat bantuan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Kementerian Pertahanan Malaysia (JHEV) termasuk ahli keluarganya ini tidak adil.
Yang Benar
Ali Tinju
Presiden
Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) & Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu 1Malaysia




Selamat pagi kpd Bekas Tentera & Balu Tentera... terkejut saya ‪#‎Ali‬ Tinju dengar berita paling sedih selaku yang berkuasa duduki kerusi pànas di kementerian pertahanan selepas Pru 13.
YAB. Dato' Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang sah telah melantik YB. Dato' Sri Hishamuddin menjaga krmenterian pertahanan dengan baik berganding bahu bersama YB. Datuk Johari Baharom Timbalan Menteri Pertahanan.
Semua orang tahu yang paling berkuasa dikementerian adalah YB. Menteri 100% .. Timb Menteri mana ada kuasa boss...
YB. Dato' Sri Hishamuddin yang mencadangkan nama Tan Sri Anwar Mohd Nor dilantik YB. Senator mewakili suara Bekas Tentera dlm Parlimen di kedah bulan 11/ 2014 .. akhirnya YB. PM setuju.
YB. Dato Sri Hishamudin sendiri telah berjanji dlm ucapannya PAU 2014 didepan perwakilan UMNO dan Rakyat 1Malaysia .. bahawa beliau bertanggungjawab menjaga kebajikan Bekas Tentera dan Balu Tentera.
Setelah 3 tahun YB. Dato' Sri Hishamuddin, Timb Menteri , YB. Senator dan Ketua Pengarah JHEV gagal menjaga kebajikan Bekas Tentera dan Balu Tentera dengan baik .. YB. Dato' Sri Hishamuddin kata beliau serah kat Timbnya supaya jaga Bekas Tentera dan Balu Tentera ?
Persoalannya kenapa YB. Dato' Sri Hishamuddin selaku Menteri yang berkuasa.. nak lari dari tanggungjawabnya menjaga Kebajikan Bekas Tentera dan Balu Tentera 90% Bangsa MELAYU ???
Yang Benar
Ali Tinju
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM)



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.