..

..

ISU SETAN KEPADA DR ZAKIR NAIK & GAME DIVERSION DAP ? #LGEUndur

on Tuesday, April 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Ramai umat Islam marah bila isu penceramah agama antarabangsa Dr Zakir Naik disekat menyampaikan ceramahnya di UTEM Melaka oleh PDRM kerana tajuk ceramah itu menyentuh agama Hindu  . Ia juga turut menerima  bantahan dan laporan polis dibuat HINDRAF , DAP dan MIC .

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, program tersebut dikhuatiri boleh mengancam ketenteraman dan ke­selamatan negara kerana menyentuh sensitiviti agama.

Jelasnya, program seumpama itu juga tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
“Saya mencadangkan kepada penganjur supaya membatalkannya demi menjaga keharmonian dan juga ketenteraman awam di negara kita.

“Pada pandangan kami apabila penceramah membincangkan perkara ini iaitu persamaan antara Hinduism dan Islam, mereka tidak akan lari daripada membincangkan keburukan antara satu agama dengan agama yang lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Tetapi isu ini  terus  menambah lagi  bahang panas  bila  TKM 2 P.Pinang Prof Ramasamy mengelarkan Dr Zakir Naik sebagai Setan !  

Selepas menerima kecaman , ia telah diedit dan perkataan Setan itu dibuang. Hari ini pulak beliau memohon maaf. klik di sini 




Plot  drama Tamil DAP ini berterusan bila pejabat Adun DAP ini di Perai pulak menerima ugutan bom petrol .  Ia seperti   mengulangi insiden tahun lepas dimana pejabat DAP di Jalan Rangoon di simbah cat merah dan bendera parti  dibakar. 




Apa yang boleh kita simpulkan ialah DAP bila menghadapi masalah dan perkara buruk  , insiden-insiden seperti berlaku di pejabat Ramasamy   ini tidak mengejutkan !  
Ini kerana perangai puak chauvinis DAP ini ialah  suka menyalahkan pihak lain bila tersepit . 

Malah isu besar seperti  skandal banglo murah Guan Eng dan penjualan tanah Taman Manggis juga  masih belum dijawab kepada rakyat , jadi mereka perlu alih tumpuan  ini kepada isu lain . 

Isu Dr Zakir Naik dilihat mampu menutup isu skandal banglo & Taman Manggis jika terus dimainkan media arus perdana dan media sosial . 

Kesimpulannya , kita jangan terkejut selepas ini jika  akan ada beberapa kenyataan pelik oleh puak  DAP yang sedia menjadi kambing hitam untuk menyalakan sumbu api bagi membangkitkan kemarahan umat Islam kepada mereka  yang sebenarnya helah untuk  diversion kepada isu skandal lagi besar DAP   melihatkan Guan Eng di P.Pinang. 





KENYATAAN MUFTI PULAU PINANG
BUKAN ISLAM ELOK MENGHADIRI CERAMAH DR ZAKIR NAIK
Assalamu 'alaikum.
The Malaysian Times melaporkan bahawa pihak Handraf menggesa Kerajaan Malaysia menghalang kehadiran pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke negara ini. Saya berpendapat bahawa gesaan tersebut adalah keterlaluan dan disebabkan prasangka semata-mata.. Pada pandangan saya sepatutnya seluruh rakyat Malaysia daripada penganut pelbagai agama wajar mengambil peluang daripada kehadiran tokoh perbandingan agama ini untuk memahami ajaran-ajaran Islam dengan lebih tepat dan lebih mendalam. Selama ini orang-orang bukan Islam lazimnya mendapat gambaran tentang agama ini daripada sumber-sumber yang tidak boleh dipertanggungjawabkan seperti tulisan-tulisan para orientalis.
Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah yang menggunakan metod yang lembut di dalam ceramahnya. Beliau bukan darpada kategori yang suka menyerang agama-agama lain dengan mencerca dan memaki hamun. Sebaliknya beliau berdakwah berdasarkan fakta-fakta ilmiah dan hujah-hujah yang mengajak para pendengarnya berfikir secara rasional.


Justru golongan Bukan Islam tidak perlu merasai terancam dengan kehadiran pendakwah antarabangsa ini, sebaliknya elok menghadiri program-program ceramah beliau serta berdialog dengan beliau secara tenang dan bersopan. Perlembagaan Malaysia memberi kebebasan kepada setiap rakyat negara ini mengamalkan agama masing-masing walaupun Islam dijadikan Agama Persekutuan.


Kita terlalu berlebih-lebihan dalam memahami sensitiviti agama sehingga menghalang kita daripada mengambil tahu agama-agama selain daripada yang kita sendiri menganutinya. Padahal dengan memahami agama-agama lain dapat membantu kita hidup dalam suasana harmoni dan bertolak angsur dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Memahami agama lain tidak semestinya seseorang perlu menukar agamanya. Tiada siapapun boleh memaksa seseorang memeluk agama yang tidak disukainya, kerana pegangan agama adalah masalah keyakinan hati seseorang. Tiada keuntungan bagi umat Islam jika orang lain menerima agama mereka secara terpaksa.


Saya juga berpendapat bahawa umat Islam perlu mengambil tahu ajaran agama-agama rakyat Malaysia yang lain kerana dengan cara begini hubungan baik dan harmoni antara pelbagai kaum dineara ini dapat dipupuk dan disuburkan.
DATO' DR WAN SALIM BIN WAN MOHD NOOR
MUFTI NEGERI PULAU PINANG.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.