..

..

ISU BANGLO GUAN ENG & SKANDAL TANAH TAMAN MANGGIS BAKAL HANGATKAN SIDANG DUN P.PINANG

on Wednesday, April 13, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Sidang DUN P.Pinang bulan depan bakal menjadi panas dan dijangka isu skandal tanah Taman Manggis dan isu banglo Guan Eng akan dibangkitkan . 
Kita akan melihat  dan kenal  siapa barua kepada Guan Eng dan juga siapa Adun yang playsafe dari PKR mahupun DAP . 


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang bakal bersidang bulan depan dijangka menjadi panas apabila Isu Taman Manggis dan pembelian banglo oleh Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, kemungkinan besar akan dibangkitkan.
ADUN DAP Tanjong Bungah Teh Yee Cheu berkata perkara itu mungkin akan dibangkit secara lisan untuk perbahasan pada sidang DUN yang dijadual dirasmikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abas pada 10 Mei.
“Mungkin (notis) usul tak sempat (untuk diserah kepada Speaker)…mungkin debat dan perbincangan dalam DUN sahaja,” katanya selepas Kempen Kesedaran Berasaskan Komuniti ‘Jom Pakai Helmet’ di Tesco Seri Tanjung Pinang pada Selasa.
Pada 31 Mac lepas, Teh menyerahkan notis usul bagi pindaan perlembagaan Undang-undang negeri Pulau Pinang untuk menghad tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal sahaja.
ADUN Tanjung Bungah itu dilapor berkata usul itu demi kepentingan rakyat dalam proses reformasi dan pendemokrasian bagi memberi peluang kepada pemimpin yang berkebolehan untuk menerajui tampuk pemerintahan negeri.
Isu tanah di Taman Manggis dan pembelian banglo oleh Lim dengan harga RM2.8 juta pula hangat diperkatakan selepas Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya di Dewan Rakyat bulan lepas dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Yang pasti. x akan jadi mcm kat sidang parlimen negara mana ntah.

    Takut malu... tak benarkan bercakap tentang 1mdb.

  2. Anonymous says:

    SPRM mana..KALAU dulu hal 1MDB cepat aje sebab kena tang melayu PM lagi tu. Tang cina sial ni kenapa macam siput babi aje jalannya...jgn sampai orang melayu panggil SPRM ni jabatan paling SIAL sudah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.