..

..

INGATKAN TANDING DUN SAJA BEREBUT , MASKOT & SLOGAN DAP - PKR TURUT BERBEZA #BN4SARAWAK #PRNSARAWAK

on Sunday, April 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Inikah  Pakatan Harapan yang hendak dipilih oleh pengundi Sarawak ?? 

Nak meletakkan siapa calon bertanding dari parti mana pun mereka bertelagah , bagaimana nak memerintah dan menjadi sebuah kerajaan ? 

Pakatan DAP - PKR dan PAN ini ibarat tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain . Tiada persefahaman dan muafakat !

Bukan saja isu berebut DUN siapa nak bertanding , malah maskot kempen pun tidak sama !!

DAP masih lagi mahu guna kempen paling terbukti maha  hebat disukai rakyat P.Pinang iaitu UBAH dengan maskot burung kenyalang manakala PKR menggunakan DEMI  menampilkan maskot Badak Sumbu . 







Seperti di semenanjung negara, gabungan Pakatan Harapan di Sarawak tidaklah begitu erat ekoran wujudnya pertelagahan antara pemimpin mereka dan lebih teruk perebutan kerusi pilihan untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ke-11.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen dalam sidang media bersama Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng bercadang untuk bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sungguhpun niat asal parti untuk meletakkan calon di 35 kawasan.

“Kami mula berbincang dengan 35 kerusi dan berkompromi, menjadikan jumlahnya menurun kepada 29. Kami akan terus fokus dengan kerja (kempen) kerana pilihan raya semakin hampir,” kata Chien Jen.

Walaubagaimanapun pengumuman oleh wakil DAP ini tidak disenangi rakan pakatannya dari PKR ekoran lima kawasan yang disebut oleh DAP turut ditandingi PKR.

Kawasan tersebut adalah Mambong, Simanggang, Tasik Biru, Murum dan Mulu.

Pengerusi PKR negeri, Baru Bian menegaskan partinya sudah bekerja keras selama bertahun-tahun dikawasan yang ingin ditandingi DAP.

Portal berita pro-pembangkang melaporkan PKR Sarawak masih berkeras untuk bertanding dikawasan tersebut sungguhpun Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Azmin Ali sudah mencapai kata putus bersama Guan Eng dalam satu mesyuarat di ibu negara, baru-baru ini.

Pada PRN Sarawak ke-10 pada 2011, DAP memenangi 12 kerusi daripada 15 kawasan yang ditandingi manakala PKR hanya menang di 3 kawasan daripada 49 kerusi.

Percanggahan kerusi antara PKR walaubagaimanapun tidak melibatkan kerusi yang ditandingi PAS – Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir and Pujut.

DAP yang sudah memutuskan hubungan dengan PAS dijangka akan bertemu satu sama lain di DUN Pujut and Samalaju.

PRN Sarawak berlangsung pada 7 Mei dan tarikh penamaan calon pada 25 April. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.