..

..

GUAN ENG SERANG PERDA ALIH ISU BANGLO & TAMAN MANGGIS MEMAKAN DIRI

on Friday, April 1, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kenyataan media yang dibuat oleh YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya berhubung isu tanah milik PERDA yang cuba dibangkitkan oleh Lim Guan Eng jelas memakan diri .

1. Ini adalah satu usaha terdesak yang cuba dilakukan oleh Lim Guan Eng dan pimpinan DAP untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar yg sedang LGE hadapi... banyak dan sangat jelas perbezaannya jika hendak dibandingkan antara isu tanah PERDA ini dengan isu tanah Taman Manggis...

2.  PERDA merupakan sebuah agensi yg bertanggungjawab untuk membantu dan membela nasib rakyat P. Pinang... PERDA sering mengutamakan pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik bertujuan untuk memberi peluang kpd rakyat yg berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri... malah, antara syarat yg perlu dipatuhi sebelum membangunkan tanah milik PERDA dgn projek2 perumahan, mesti turut disertakan dgn perancangan rumah kos rendah atau PPRT dan rumah mampu milik...

3. PERDA pernah membangunkan tanah Tok Keramat, Seberang Perai Selatan (SPS) dgn projek perumahan kos rendah namun terbantut akibat masalah mendapan tanah yg kronik... PERDA terpaksa menanggung kerugian apabila terpaksa merobohkan semula 107 buah rumah yg sudah separuh siap dibina... akibatnya, tanah tersebut menjadi terbiar lebih 30 tahun...

4. Masalah mendapan tanah terlebih dahulu perlu diatasi sebelum boleh membina rumah... PERDA boleh memulakan semula kerja2 tersebut, namun ia sudah menjadi satu liabiliti kpd PERDA memandangkan PERDA sudah pun menanggung byk kerugian akibat masalah yg dihadapi... sehubungan itu, PERDA perlu mencari jalan menyelesaikan masalah tanah ini... tanah tersebut perlu dijual dan digantikan tanah baru yg lebih memberi prospek yg baik...

5. PERDA boleh menjual tanah tersebut kpd pemaju mengikut harga pasaran semasa, sekitar RM16 juta (spt mana dakwaan LGE)...  malah tentunya ia akan lebih menguntungkan PERDA (jika keuntungan yg dicari), namun dgn harga pasaran, mustahil pemaju boleh membina rumah kos rendah, apatah lagi terpaksa menanggung kos menyelesaikan masalah mendapan tanah...

6. Untuk makluman, harga seunit rumah kos rendah yg diperuntukkan adalah antara RM42,000—RM70,000... manakala harga rumah mampu milik adalah sekitar RM200,000... jika PERDA jual tanah tersebut pada harga pasaran RM16 juta, ini bermakna pemaju hanya boleh merancang perumahan utk dijual pada kadar harga antara RM400,000-RM600,000 seunit paling murah... agak mustahil utk rakyat P. Pinang berpendapatan rendah memilikinya...

7. Apa yg PERDA lakukan, sekalipun mmg merugikan PERDA, namun ia bakal memberi peluang kpd rakyat memiliki rumah sendiri dgn harga mampu milik... sesuai dgn peranan PERDA yg sentiasa mengutamakan hak kebajikan dan membantu rakyat, dan menjadikan keuntungan sbg perkara kedua...

8. Berbeza dgn isu melibatkan penjualan tanah Taman Manggis oleh kjaan negeri P. Pinang kpd KLIDC.. tanah Taman Manggis pada asalnya untuk PPRT, dijual dgn harga RM11 juta kpd KLIDC.. drpd rumah PPRT, ditukar kpd projek hospital swasta... malah wujud ura2 tanah tersebut bakal berpindah milik kpd pihak ketiga dgn nilai RM20 juta... jika benar, secara tak langsung, KLIDC boleh memperolehi keuntungan atas angin sebnyak RM9 juta!

9. Apa yg terbaik yg boleh dilakukan oleh Lim Guan Eng dan pihak kjaan negeri pimpinan DAP berhubung dakwaan mereka terhadap isu penjualan tanah PERDA ini adalah dengan mengemukakan laporan kepada pihak SPRM, jika benar dan yakin wujud faktor penyelewengan dan salah guna kuasa di dalam urusniaga ini...dalam masa sama LGE juga perlu memberi ruang dan peluang secukupnya kpd pihak SPRM untuk menjalankan siasatan ke atasnya berhubung isu Taman Manggis dan isu pembelian unit banglo di Jalan Pinhorn...

10. Dengan hanya mengalihkan isu sebenarnya tidak menyelesaikan apa2 masalah malah langsung tidak mendatangkan apa2 manfaat... rakyat P. Pinang tidak sepatutnya dibiar terus diperbodohkan oleh pihak kjaan negeri... yg penting, rakyat mesti tahu, siapa sebenarnya yg banyak membela dan menjaga hak rakyat... Adakah kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng, atau sebenarnya kerajaan pimpinan UMNO BN...





KENYATAAN MEDIA PENGERUSI PERDA 

Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh YAB Lim Guan Eng kelmarin mengenai isu penjualan tanah milik PERDA di Tok Keramat, SPS.

Suka saya jelaskan di sini bahawa PERDA adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan sosio-ekonomi penduduk negeri Pulau Pinang dan juga terlibat dalam pembangunan hartanah khususnya pembangunan perumahan kos rendah dan mampu milik.

Dalam kes yang dibangkitkan oleh YAB Lim Guan Eng mengenai penjualan tanah di Tok Keramat, SPS yang dikatakan dijual di bawah paras harga pasaran, sayugia dimaklumkan bahawa isu ini perlu dilihat dalam pelbagai aspek dan bukan semata-mata perbandingan harga sahaja.

Ahli Lembaga Pengarah PERDA telah mempersetujui pembangunan semula tanah ini setelah membuat ‘cost benefit analysis’ dengan mengambilkira :

1. Tanah ini telah dipecah sempadan kepada lot-lot kecil sebanyak 240 lot yang telah diluluskan Pelan Kebenaran Merancang untuk membina rumah kos rendah pada tahun 1988 (30 tahun yang lalu).

2. Projek pembangunan ini telah terbengkalai sejak lebih 30 tahun dan tidak dapat dibangunkan kerana masalah mendapan pada Fasa I yang melibatkan 107 unit rumah yang telah dibina dan kemudiannya terpaksa dirobohkan setelah siap dibina kerana masalah mendapan tersebut.

3. Setelah membuat ‘cost benefit analysis’, PERDA juga berpendapat bahawa projek ini adalah liabiliti jika dibangunkan oleh PERDA di mana akan menanggung kerugian sebanyak RM10 juta.

4. PERDA juga telah membuat keputusan bahawa hasil jualan tanah ini hendaklah digunakan untuk membeli tanah ganti di dalam kawasan SPS yang berpotensi untuk dibangunkan projek perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah dan terkini PERDA telah pun berurusan untuk membeli sebidang tanah seluas 12.3 ekar di kawasan SPS.

5. PERDA memaklumi tentang nilai semasa harga tanah di kawasan tersebut seperti yang dikatakan oleh YAB Lim Guan Eng, tetapi harus diingat bahawa nilai semasa yang dinyatakan oleh beliau adalah nilaian kawasan sekitar.  Untuk makluman semua, jika PERDA membangun pada harga tanah nilaian semasa, maka rumah yang akan dijual adalah pada harga pasaran semasa RM400 – RM500 ribu.  Dalam kes ini, pemaju akan menjual rumah yang akan dibangunkan kelak pada harga RM42 – RM72 ribu atau maksima RM200 ribu.  Itu pun jika diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

 Oleh yang demikian, hendaklah difahami bahawa nilaian keuntungan RM15 juta yang sepatutnya diperolehi oleh PERDA telah diagihkan faedahnya kepada bakal 250 pembeli melalui harga jualan rumah yang jauh lebih rendah.

Di sini saya ingin menyeru kepada pihak YAB Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya lebih ikhlas membantu PERDA dan Kerajaan Persekutuan dalam usaha menyediakan kemudahan perumahan bersesuaian kepada rakyat Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri tidak boleh bersikap pilih kasih di mana layanan terhadap pemaju swasta jauh berbeza dengan layanan terhadap PERDA sedangkan pembangunan yang dibuat oleh PERDA adalah untuk kesejahteraan rakyat di Pulau Pinang.

Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng tidak boleh mengambil pendekatan menekan PERDA dengan pelbagai syarat yang tidak masuk akal kerana PERDA bukanlah agensi yang membuat keuntungan sebaliknya agensi yang menyediakan kemudahan perumahan untuk rakyat termiskin dan kurang mampu tidak seperti Projek S. P. Chelliah di bawah Kerajaan Negeri di mana keuntungan yang dikatakan melebihi RM100 juta.

Adalah dengan ini diharapkan pihak YAB Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang lebih faham isu sebenar dan tidak membuat tuduhan melulu dan suka hati terhadap agensi PERDA dan Kerajaan Persekutuan.

Saya sarankan YAB Lim Guan Eng lebih fokus dan menumpukan perhatiannya kepada skandal Taman Manggis dan banglo di Jalan Pinhorn.

Untuk makluman, kita sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang berkenaan kerana memfitnah PERDA dalam isu berkenaan.

Sekian, terima kasih


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.