..

..

GUAN ENG PERLU LETAK JAWATAN JIKA GAGAL BUKTIKAN RAHMAN DAHLAN MEMFITNAH @dzaidisaid @MPKotaBelud

on Thursday, April 28, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Zaidi Mohd Said berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu meletakkan jawatan sekiranya masih gagal untuk membuktikan Datuk Abdul Rahman Dahlan menfitnah dirinya berkaitan isu penyelewengan tanah Taman Manggis dan pembelian banglo mewah di Jalan Pinhorn.

Jelasnya, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telahpun meminta Guan Eng agar mengambil tindakan saman sekiranya benar apa yang didedahkan berkaitan isu tersebut adalah satu fitnah.

“Sebelum ini Guan Eng begitu pantas akan mengambil tindakan undang-undang jika merasakan dirinya berada dipihak benar. Tapi adakah kali ini dia berasakan dirinya bersalah dan kerana itu dia hanya mendiamkan diri tidak mahu saman.

“Atau dia takut lebih banyak pekung akan terbuka… Jika dia tidak bersalah maka inilah landasan terbaik untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dan membuktikan dia memang mangsa fitnah,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Zaidi, Guan Eng perlu segera menafikan dan mengambil tindakan saman bagi membuktikan apa yang didedahkan Rahman adalah satu penipuan untuk memburukkan dirinya.

Kini katanya, beban terletak di atas bahu Guan Eng… Seharusnya Guan Eng menggunakan landasan ini sebaik mungkin untuk menyatakan kepada rakyat bahawa penyelewengan tanah Taman Manggis dan pembelian banglo mewah tidak menyalahi undang-undang.

“Jika Guan Eng masih terus berdiam diri dan tidak mengambil tindakan saman maka rakyat akan menganggap apa yang didedahkan oleh Rahman adalah satu kebenaran dan oleh itu Guan Eng perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri.

“Saya sendiri berasa hairan apabila Guan Eng tidak mahu menggunakan peluang di depan mata untuk membuktikan dirinya berada di pihak benar,” ujarnya lagi.

Isu penyelewengan Taman Manggis dan pembelian rumah banglo Guan Eng ini mula menjadi perbualan hangat apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya mendedahkan perkara ini di dewan rakyat baru-baru ini.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.