..

..

GUAN ENG MAKIN TERUK DILANYAK ISU SKANDAL BANGLO & TANAH TAMAN MANGGIS #LGERasuah

on Thursday, April 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Isu skandal banglo murah Lim Guan Eng dan tanah Taman Manggis terus panas. 

Apabila didedahkan  bukti penjualan saham oleh KLIDC kepada pihak ketiga oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan ,  Guan Eng memutabelitkan dengan mene­gaskan, tanah Taman Manggis tidak dijual kepada pihak ketiga seperti didakwa Abdul Rahman dan mendakwa mempunyai geran tanah yang jelas me­nunjukkan tanah itu di bawah pegangan KLIDC. 

“Kerajaan negeri tidak terima apa-apa surat serah tanah ini kepada syarikat-syarikat lain. 

Saya sendiri semak di Suruh­anjaya Syarikat Malaysia (SSM). Semakan itu menunjukkan pemegang saham masih sama. Saya tidak faham dengan tuduhan Abdul Rahman,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Malah  Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, Guan Eng perlu segera berhenti daripada berdrama dengan tampil memberi jawapan meyakinkan termasuklah menafikan S&P yang sudah dicop itu.

Sambil menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai seorang yang gemar memberi jawapan berasaskan spekulasi, beliau berkata, adalah sesuatu yang cukup pelik bagaimana Guan Eng tidak mengetahui mengenai penjualan tersebut.

“Saya hendak Guan Eng meni­dakkan atau memberitahu S&P itu tidak wujud. Soal sama ada sudah berlaku pertukaran iaitu dijual kepada pihak ketiga atau soal pembayaran RM70.6 juta sudah dibuat bukan masalah saya, kerana faktanya perjanjian sudah ditandatangani dan dicop.

“Janganlah beliau tanya saya (dakwaan Guan Eng kononnya beliau tidak faham dengan pendedahan Abdul Rahman). Beliau Ketua Menteri, sepatutnya beliau lebih tahu,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.



Ikuti video dari rancangan Soal Jawab TV3 yang menemuramah Pengerusi Biro Pengaduan Awam UMNO P.Pinang Datuk Ir Shaik Hussein Mydin .








Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.