..

..

BANNER RAKYAT SARAWAK DI MIRI TOLAK PAKATAN PEMBANGKANG DIKETUAI DAP #PRNSarawak

on Sunday, April 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Menjelang penamaan calon esok untuk PRN Sarawak 2016 , pelbagai tanda sokongan dizahirkan oleh rakyat.  

Penolakan ketara pengundi boleh dilihat di bandar Miri semalam di mana banner Sarawak For Sarawakians yang mana jelas mereka tidak menyokong pakatan pembangkang diketuai DAP . 

Apakah ini merupakan petanda masyarakat bandar di Sarawak kembali menyokong BN selepas tertipu di PRN 2011 dek kerana   terpengaruh hasutan dan propaganda DAP ? 







KUCHING, 24 April – Barisan Nasional (BN) Sarawak yakin dapat menawan semula kerusi yang tewas semasa pilihan raya negeri (PRN) 2011, pada PRN ke-11, bulan depan.
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ini boleh dicapai melalui perpaduan yang kukuh dalam kalangan penyokong terutama pengundi masyarakat Cina.
“Kita tewas kerusi di kawasan bandar sebelum ini (semasa pilihan raya lepas) kerana perbalahan dalaman antara kita dan bukan disebabkan mereka (pembangkang) kuat.
“Saya yakin bahawa jika masyarakat Cina bersatu, kita boleh memenangi semula kerusi di kawasan bandar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan papan iklan diod pancaran cahaya (LED) pelancongan Sarawak dan melakukan tinjauan mesra di Satok, di sini malam tadi.
Terdahulu, Abang Johari berkata pemasangan papan iklan LED itu adalah untuk menggalakkan aktiviti pelancongan dan program yang direncanakan oleh kerajaan negeri.
Ketika PRN-10 pada 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala DAP menguasai 12 kerusi, PKR (tiga) dan satu oleh calon Bebas.
Pada pilihan raya kali ini menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu berikutan persempadanan semula kawasan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.