..

..

APA DIBINCANGKAN DR ZAKIR NAIK BILA BERTEMU TPM @Zahid_Hamidi ?

on Friday, April 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Penceramah antarabangsa  Dr Zakir Naik hari ini membuat kejutan telah membuat kunjungan hormat kepada pemimpin No 2 negara Timbalan  Perdana Menteri DS Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Selepas rakyat Malaysia menyaksikan seorang gadis Kristian memeluk agama Islam ketika mengikuti syarahan penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik di Padang Astaka, Kemaman malam tadi , populariti beliau semakin meningkat  di negara.


Ramai orang Islam dan termasuk  juga bukan Islam  memuji kredibiliti penceramah terkemuka, Dr Zakir Naik  kerana kebijaksaannya ramai yang masuk Islam.

Jadi , tidak hairanlah Timbalan Ketua Menteri 2 P.Pinang P Ramasamy mahu mengajak Dr Zakir Naik berdebat di mana ramai pihak melihat pemimpin DAP itu mahu menumpang populariti penceramah antarabangsa ini selain pernah mengelarkan beliau sebagai Satan . 


Pertemuan Dr Zakir Naik bersama TPM DS Ahmad Zahid Hamidi  hari ini tentunya cukup menarik untuk dikupas .  Pastinya disentuh tentang bagaimana mahu meningkatkan ukhuwah persaudaraan dikalangan umat Islam di negara ini .  

Kerajaan Malaysia sebelum ini  telah membuat keputusan membenarkan ceramah Dr Zakir Naik  di Melaka  dan hanya perlu ditukar tajuk ceramah.






Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan pihak polis membatalkan ceramah bertajuk ‘Similarities Between Hinduism and Islam’itu sebelum ini adalah berdasarkan aduan awam.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, aduan tersebut bukan sahaja daripada masyarakat beragama Hindu tetapi juga daripada beberapa pemimpin agama Islam yang berasa bimbang tajuk itu agak berbaur sensitif.
“Kerajaan memutuskan boleh ada lagi kompromi dan sudah pun berbincang dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron untuk ceramah itu diteruskan tetapi dengan tajuk yang lain pula,” katanya kepada pemberita.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.