..

..

ALAHAI TUN M AND THE GENG ..SENDIRI CADANG NAMA ZAHID & KINI TOLAK PULAK

on Tuesday, April 19, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Cukup kelakar sekali Tun Madey  and the geng punya game  ... nak tergelak pun ada. 
Orang kuatnya   Zaid Ibrahim cadang nama Zahid sebagai pengganti Najib untuk jawatan PM , disokong dan disambut    Muhyiddin . Tetapi hari ini  Chief  mereka Tun Madey  tak mahu pulak Zahid sebagai pengganti . 
Apa ke bodoh punya cerita ni ?? 
Nak pilih Perdana Menteri ingat seperti pilih baju ke . Tak suka hari ini esok tukar baju lain . 
Cuba Tun  Madey sebut nama anaknya calon pengganti PM ...suara rakyat tolak pun dia tetapi nak juga calon itu . haha..



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menamakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri bagi pengganti Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu kesilapan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kebanyakan rakyat Malaysia menolak Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengganti Najib.
“Zahid beritahu saya untuk terus bersuara mengenai isu derma. Saya rasa Zahid yang patut bertindak lebih dari saya. Namun, malangnya, dia tidak berbuat apa-apa
“Apabila namanya tersilap sebut sebagai calon berpotensi menggantikan Najib, orang ramai berteriak kerana suara rakyat yang bebas menolak Zahid,” katanya dalam entri terbarunya.
Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk menjadikan Zahid sebagai calon pengganti jika usaha menyingkirkan Najib menemui kejayaan.
Namun, Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatannya itu berkata, biarlah matlamat utama Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib berjaya sepenuhnya.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, kenyataan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa pihaknya sedar Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali telah menjalankan siasatan teliti mengenai isu derma RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri tetapi tidak bermakna beliau setuju tiada salah laku.
Katanya, banyak negara di dunia tahu dan sedar dengan siasatan serta kenyataan yang dibuat Peguam Negara tetapi tidak bermakna negara berkenaan setuju dengan keputusan yang dibuat Apandi.
“Jika anda bertanya kepada mereka jika mereka sedar, mereka akan berkata, ‘ya mereka sedar’.
“Jika ditanya sama ada mereka percaya dalam banyak-banyak kenyataan Peguam Negara, bahawa RM2.6 bilion adalah sumbangan di mana Perdana Menteri boleh membuat apa yang sahaja yang disukainya dengan duit itu dan Najib tidak pernah melakukan perkara salah, jawapan mereka sudah tentu ‘tidak, mereka tak percaya,” kata Dr Mahathir.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.