Menurutnya, berdasarkan analisis yang dibuat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, kawasan bandar sentiasa mendapat peruntukan lebih berbanding luar bandar.


Bagaimanapun, beliau berkata, apa yang amat mengecewakan ialah apabila jumlah undi penduduk bandar dalam kedua-dua pilihan raya itu terhadap kerajaan tidak memberangsangkan meskipun sudah diberikan keistimewaan tersebut.


“Apabila kerajaan masih memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat seperti pembinaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), ia bertujuan untuk menyenangkan rakyat, mereka tidak perlu lagi bersusah payah pergi ke lokasi berbeza untuk berurusan.


“Apabila perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan ini diletakkan di bawah satu bumbung, rakyat boleh mengurangkan kos pengangkutan dan menjimatkan masa.

“Jadi apabila masyarakat bandar dapat perkhidmatan baik, belanjawan baik, peruntukan besar, semua itu memerlukan timbal balas iaitu mereka perlu menyokong wakil rakyat dipilih oleh kerajaan semasa pilihan raya,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan UTC Sibu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abd Karim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

UTC Sibu merupakan UTC ke-14 dibina di negara ini dan ketiga di Sarawak.
Pusat menyediakan perkhidmatan 14 agensi kerajaan di bawah satu bumbung yang mula beroperasi mulai 31 Mac lalu, dibina di atas tempat letak kereta terbiar bersebelahan bangunan Pasar Sibu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau amat berharap masyarakat bandar kembali memberi sokongan dan menghargai calon kerajaan diwakili oleh Barisan Nasional (BN) pada masa depan termasuk Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak nanti.

“Kita tahu masyarakat bandar ramai yang menyokong wakil rakyat pilihan mereka (pembangkang) dan tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan.