..

..

WAYANG GUAN ENG , ARAH SIASATAN SPRM DIPERCEPATKAN TAPI LARI KE CHINA #LGERasuah

on Wednesday, March 23, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Drama minggu ini... bagi yang biasa tengok cara politik Lim Guan Eng, ada yang kata kali ini Ketua Menteri Pulau pinang itu 'gelabah lain macam'.
Ini selepas pendedahan demi pendedahan yang dibuat mengenai pembelian rumah tanpa kolam renang dibawah harga pasaran.

Selain pemimpin DAP dan PKR yang tidak ghairah mempertahankan Guan Eng, empunya diri nampaknya sedang 'membeli masa' dengan terbang ke China kononnya atas urusan rasmi.

Setiausaha Politik beliau, Wong Hon Wai memberitahu Guan Eng hanya boleh memberi dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan pada minggu hadapan.

Dalam masa yang sama, Guan Eng meminta supaya SPRM menyegerakan siasatan ke atas pembelian banglo miliknya di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah yang dimaksudkan untuk projek rumah kos rendah di Taman Manggis.

Bagi Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan, Guan Eng perlu menghentikan drama murahan dan sikap kebudak-budakan dalam menangani isu pembelian banglonya.

Sehingga kini kata Rahman, Guan Eng masih gagal memberikan hujah balas bagi menyangkal dakwaan terhadapnya.

“Saya masih menunggu jawapan beliau. Tidak ada guna bawa wartawan berkunjung ke rumahnya dan membuat muka monyok ketika bergambar bersama isteri kerana ia tidak mampu dijadikan bukti beliau tiada kaitan dalam isu pembelian banglo dan tanah di Taman Manggis.

“Semua itu saya lihat sebagai drama murahan dan menonjolkan sikap kebudak-budakan beliau dalam menangani isu besar tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, tindakan Guan Eng bergambar dengan menunjukkan kerusi kosong yang sepatutnya diduduki oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya sambil minum kopi di pejabatnya dilihat sebagai cubaan yang gagal untuk membangkitkan isu sampingan.

“Setakat ini, saya lihat Guan Eng menggunakan taktik drama dan retorik untuk mempertahankan diri, bukannya melalui hujah serta bukti yang kukuh.

“Jangan ingat rakyat boleh tertipu dengan cara kebudak-budakan beliau menangani itu,’’ katanya.

Sementara itu, nilai sebenar banglo tersebut ialah RM4.27 juta dan perkara itu terkandung dalam notis taksiran pindah milik harta tanah Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada Guan Eng, Ogos lepas.

Pemuda UMNO Pulau Pinang telah memperoleh salinan notis bertarikh 27 Ogos 2015 itu yang menyatakan Guan Eng perlu membayar duti setem sebanyak RM122,100 berdasarkan nilai pasaran rumah itu ialah RM4.27.

Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim menunjukkan salinan itu kepada pemberita sebelum membuat laporan kepada SPRM pada Isnin berhubung isu pembelian banglo itu.

Semalam, Lim, ketika membawa pemberita melawat rumahnya, dilapor berkata beliau tidak mengetahui nilai pasaran banglo dua tingkat yang dibeli dengan harga RM2.8 juta itu kerana beliau bukan ejen hartanah.

Rafizal berkata adalah mustahil setiausaha agung DAP itu tidak tahu nilai harga pasaran sebenar rumah yang dibelinya itu.

"Biasanya kita akan semak dulu sebelum kita beli. Beli rumah ni adalah satu perkara yang cukup besar. Mesti kita tahu nilai pasaran berapa," katanya.

Pembelian rumah banglo oleh ketua menteri Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis lepas.

Shabudin, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, turut meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian ke atas hartanah berkenaan.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.