..

..

WAN AZIZAH TUDUH TUN MAHATHIR LEMAH ,DATANG MINTA BANTUAN PEMBANGKANG

on Tuesday, March 8, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menafikan dakwaan bahawa Pakatan Harapan (PH) lemah dan menumpang sokongan Tun Mahathir, dan berkata bahawa ianya bagaimanapun adalah sebaliknya.
Menurut ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak sokongan dari ahli parlimen yang lain dan disebabkan itu sokongan dan kerjasama anggota Pakatan Harapan diperlukan sehingga termeterainya ‘Deklarasi Rakyat’ yang ditandatangani oleh 58 orang wakil rakyat.
“Dakwaan kami (PH) tidak kuat sehingga memerlukan sokongan Tun Mahathir adalah tidak benar.

Dalam pada itu, apabila disoal mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mahu Perdana Menteri baharu haruslah dari ahli Barisan Nasional, Wan Azizah menegaskan bahawa itu adalah pandangan peribadi Mukhriz, dan ianya tidak mewakili Pakatan Harapan.
Beliau (Tun Mahathir) yang tidak kuat, beliau sebenarnya yang memerlukan kami (PH),” katanya dalam satu sidang media di Parlimen, di sini hari ini.
“Itu pandangan beliau (Mukhriz). Pandangan kami pula, ianya mestilah ada pertukaran kerajaan kerana Pakatan Harapan adalah sebuah blok yang besar, dan ianya adalah berdasarkan pilihan rakyat,”ujarnya.
Sementara itu, apabila ditanya sama ada Tun Dr Mahathir menyatakan persetujuan mengenai hal berkenaan, Wan Azizah sekali lagi mennegaskan bahawa perkara itu langsung tidak menjadi masalah, dan tidak penting bagi PH.
“Apa yang difikirkan beliau bukan isu. Ia sentiasa menjadi agenda kami,” katanya.  

Dalam sidang media yang sama, Wan Azizah turut mengumumkan perhimpunan yang dinamakan `Muafakat Selamat Malaysia’ akan diadakan di setiap negeri bermula bulan ini serta Perhimpunan Mansuh GST yang akan diadakan pada 2 April 2016 yang akan di ketuai oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.  


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Laaa....kan dah kata Tun is still the best. Tak percaya

  2. Anonymous says:

    Mansuh gst perkara bodoh. Kenapa dulu tak mansuhkan sales and service tax. Isunya bukan gst tapi peniaga dulu tak bayar tax dan sekarang bila kena bayar nak collect dari customer lagi.

  3. XUMNO says:

    Dek terlampau ghairah untuk dapat political milage dengan apa cara sekalipun, sekarang wakil2 Pakatan (Takde)Harapan dari DAP, PKR dan PAN yang turut menandatangan apa yang disebut Deklarasi Rakyat tersedar yang mereka telah kena kencing oleh Mahathir. Episod tersebut menampakkan sikap oportunis dan tidak matang pemimpin2 Dap, PKR dan PAN apabila turut serta bersama Mahathir ingin mengokoh dan mengekalkan umno/bn sebagai pemerintah selepas PRU14.Takkanlah pemimpin2 PH ini begitu bebal tidak membaca dan memahami maksud Mahathir yang telah sekian lama berkempen menjatuhkan Najib supaya umno dipimpin oleh seseorang yang sentiasa tunduk kepadanya. Menuduh Mahathir kononnya bergatung kepada Dap, Pkr dan Pan adalah perangai kebudak2an kerana dah kena tipu hidup2. Dalam episod ini jelas PAS merupakan sebuah perti politik matang dan bijak kerana mudah memahami sepak terajang mainan politik Mahathir.

  4. Cik Minah says:

    At least, deklarasi ni bukan mendesak orang
    #respectmypyem#................HAHAHAHA
    RESPECT is earned bukan boleh dapat percuma.

  5. Anonymous says:

    mak cik ni bodoh sangat ke tak Nampak apa kebaikan GST, dah la makcik ooii, kajang pun tak terjaga, permatang pauh pun apa jadi nasib orang melayu di sana...kamu dengan anak pinak kamu kaya raya hasil menipu, orang susah perlu bantuan kewangan, mana nak cari duit kalau tak da GST...sudah lah..

  6. Anonymous says:

    Rakyat janganlah sokong pakatan ni. Biarkan 58 orang saja yg terkonteng2 dengan deklarasi yg merugikan rakyat ini. Aku baca di blog RPK cuma 45 orang saja yg tt.....nak nipu rakyat lagi......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.