..

..

VIDEO : PM UMUM PENURUNAN HARGA BARANG MENTAH UNTUK RAKYAT #RespectMyPM

on Wednesday, March 9, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




PerdanaMenteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penurunan harga barang yang bakal dilaksanakan di pasar harian dan pasar-pasar minggu.

Beliau berkata, penurunan harga barangan mentah itu akan lebih rendah berbanding harga pasaran dimana ia bermula di sekitar Putrajaya.

“Kita akan mulakan penurunan harga barangan mentah seperti daging dan sayuran ini di pasar minggu di sekitar Putrajaya.

“Pengguna akan nikmati harga yang lebih rendah daripada harga pasaran,”katanya pada pelancaran Anugerah Rumah Harga Patut 2016, disini, tengahari tadi.

Beliau berkata demikian sejurus selepas mengupas isu kerajaan dipersalahkan disebabkan harga barangan naik sedangkan ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh sebahagian peniaga.

“Bila barang naik kerajaan dipersalahkan. Bila harga minyak naik kerajaan dipersalahkan. Bila minyak turun mereka tak kata apa -apa. Ini saya nampak tak adil dalam hal ini,”katanya.

Katanya, tindakan penguatkuasaan perlu dilakukan supaya tiada sesiapa menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya.

“Langkah diambil supaya dikenakan penalti dan hukuman penjara akan dikenakan kepada peniaga yang ingkar dan mengambil kesempatan, kerana jika kita tidak mengambil tindakan kerajaan dipersalahkan,”katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan turut menggalakkan penurunan harga, bagi sebahagian pasaraya dimana kebanyakan daripada mereka mengambil bahagian dalam galakan tersebut.

Sementara itu, Najib berkata, dalam pengubahsuaian bajet 2016 disarankan jumlah kedai harga patut ditingkatkan.

“Hari ini sebanyak 1,238 buah kedai harga patut diluluskan dimana KPDNKK melepasi sasaran penambahbaikan bajet tersebut.

“Saya juga telah menyarankan supaya logo diletakkan dihadapan kedai harga patut ini supaya pengguna faham dan dapat memilih kedai tersebut dengan kualiti yang bermutu dan harga berpatutan,”katanya-SuaraTV




2 Responses

  1. bijan jr says:

    semua org boleh umum harga sekian sekian akan turun. masalahnya peniaga nak turunka ke? lagipun rakyat biasa mana tahu harga asal barang tersebut yg asyik berubah2. ini cuma political roadshow..akan amabil tindakan?? puiiii. kita semua tahu enforcement kat malaysia. PATI yg berjuta pun tak dapat tangkap

  2. Anonymous says:

    Pelik pulak najib boleh turunkan harga barang. Bukan ke peniaga yang sepatutnya turunkan harga...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.