..

..

UMNO P.PINANG DEDAH BUKTI PHANG LI KOON BUAT AKAUN BERSUMPAH PALSU

on Thursday, March 31, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Lagi Laporan Polis dibuat terhadap SD Phang Li Koon yang menyatakan " tiada urusan perniagaan dengan kerajaan Negeri P.Pinang " . Tetapi selepas diperiksa dokumen berkaitan dengan syarikat Phang dengan kerajaan negeri  , ia didapati bercanggah dengan apa terkandung dalam akaun bersumpah beliau .
Jadi , PDRM diminta menyiasat akaun bersumpah Phang Li Koon ini yang disyaki palsu ! .




Pemuda Umno Pulau Pinang hari ini menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), menyiasat mengenai akuan bersumpah Phang Li Koon yang disyaki palsu.

 Bendahari Pemuda Umno Pulau Pinang, Mohamad Hilme Ibrahim berkata, Phang yang telah membuat akuan bersumpah mendakwa dirinya tidak mempunyai hubung kait dengan kerajaan disyaki palsu. Menurut Hilme, berdasarkan bukti yang beliau perolehi, beliau mendapati Phang mempunyai hubung kait perniagaan dengan kerajaan negeri. apabila sumber yang diperolehi mendedahkan Phang mempunyai saham sebanyak 30 peratus dalam syarikat Mangnificient Emblem Sdn Bhd.

 "Saya memohon pihak PDRM menyiasat dokumen yang saya sertakan ini. Saya mendapati bukti ini menerusi Facebook, dan sumber ini mendedahkan Phang Li Koon mempunyai saham sebanyak 30 peratus dalam syarikat Mangnificient.

 "Syarikat ini terlibat dalam perniagaan perumahan atau lektrik di Pulau Pinang.. Syarikat ini berurusan dengan Majlis kerajaan negeri (PBT) Pulau Pinang," kata Hilme Ibrahim selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani hari ini. Phang sebelum ini membuat akuan bersumpah berhubung penjualan rumah banglo mewah kepada Guan Eng, yang dilaporkan dibeli dengan harga murah dan dibawah pasaran hartanah.

 Phang mengaku beliau menjual rumah terbabit dengan harga murah diatas dasar suka sama suka, dan tidak mengharap atau menunggu sesuatu ganjaran daripada Ketua Menteri itu.- UTARANEWS-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.