..

..

TUN MAHATHIR ANGKUH , SANGGUP DUDUK & DIPERKUDAKAN PEMBANGKANG

on Sunday, March 13, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui program Deklarasi Rakyat bersama-sama pemimpin pembangkang sebelum ini sebagai ‘angkuh hati’. ku nan batuMalah tindakan beliau boleh duduk bersama-sama dengan pembangkang menimbulkan kemarahan kepada UMNO seluruhnya lantaran Dr Mahathir boleh dan sepatutnya duduk berbincang bersama-sama UMNO jika tidak sefahaman.

 “Tun Dr Mahathir itu angkuh hati. Dia ingat dia kuat. Dia ingat rakyat menyokong dia. Kita beri hormat dia sebagai negarawan. Tapi bila dia duduk bersama-sama pembangkang yang mahu menghancur kita, menghancurkan negara kita. Boleh ke kita bersama dia lagi?. 

 “Lim Kit Siang (Penasihat DAP) duduk bersama dengan Dr Mahathir. Ingat dia (Kit Siang) suka ke kepada Dr Mahathir. Dia tak suka. Dia nak ‘kuda’ kan Dr Mahathir untuk capai matlamat dia. Itu yang UMNO marah,” kata Tengku Adnan dalam ucapan Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu di ibu negara, Ahad.

 Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, UMNO melalui pelbagai ranjau dan masalah sepanjang penubuhannya namun parti itu bersama-sama Barisan Nasional (BN) masih lagi teguh dan tidak pernah lagi kalah dalam pilihan raya umum (PRU).

 Justeru tindakan Dr. Mahathir itu katanya, perlu diperjelaskan kepada akar umbi oleh wakil bahagian dengan menjadikan UMNO parti inklusif yang dekat dengan rakyat dan bukan eksklusif supaya tidak terpengaruh dengan tindakan Dr Mahathir.

 “Dulu Dr Mahathir cakap pandai. Waktu saya (Dr Mahathir) jadi perdana menteri orang sokong saya. Bila saya dah tak jadi PM, saya mesti sokong orang.

 “Dia didik kita macam itu. Kita dengar cakap dia. Sekarang dia paling tadah. Duduk pula dengan pembangkang. Ini gila punya kerja,” katanya. Sehubungan itu, mereka yang berada di 22,000 cawangan parti di seluruh negara tegasnya, perlu mendekati dan menjalin hubungan rapat dengan masyarakat supaya dapat ditarik bersama parti.

 “Ahli perlu imbas kembali bagaimana UMNO jadi parti yang kuat dan kukuh, iaitu dengan kesanggupan berjuang dan berkorban. Bagaimanapun, rasa sayang kepada parti kini sudah mula luntur, sayang kepada perjuangan sudah tidak diterjemahkan dengan sebenarnya. “Ini yang memberi masalah dan sebab itu kita berada dalam keadaan kelam kabut dan tidak tentu arah, sedangkan kita ada struktur.

 Jika tidak puas hati dengan kepimpinan di peringkat bahagian, tunggu hingga pemilihan,” katanya sambil menambah bahawa akar umbi sewajarnya terus menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku pemimpin negara.

 “Apa salah PM kita yang mentadbir negara kita. Tidak ada PM yang boleh mengakui kesilapan sebuah kerajaan tetapi PM kita akui. Kita bukan kerajaan yang sempurna, parti yang sempurna tetapi kita berusaha untuk berubah, bergerak jadi negara maju aman dan sejahtera,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.