..

..

TUDUHAN DEKLARASI RAKYAT TENTANG 10 NEGARA PALING KORUP DIBIDAS @RazaliIbrahim

on Wednesday, March 9, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






[3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.] 


8 MAC : Hasil kajian firma audit, Ernst and Young yang meletakkan Malaysia sebagai antara 10 negara paling korup tidak boleh digunapakai kerana laporan itu hanya menimbulkan kekeliruan apatah lagi kajian hanya disandarkan kepada syarikat tertentu sahaja.

 "Kajian itu hanya dibuat kepada lapan buah negara, mengambil itu sebagai bukti atau fakta mengatakan kita (Malaysia) paling korup pun tidak benar kerana kajian melibatkan hanya lapan buah negara sahaja. "Ia juga bukan melibatkan negara sebaliknya syarikat di dalam negara berkenaan dengan 681 pegawai syarikat dipanggil untuk diberi maklumat berkenaan persepsi korup," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali pada sidang Dewan Rakyat, Selasa. 


Menurut Razali, kedudukan negara yang jatuh 2 mata ke kedudukan ke 50 pada 2015 daripada 52 pada 2014 di dalam Indeks Persepsi Rasuah 2015 (CPI) pula hanya bersandarkan kepada persepsi.

 "CPI indeks yang digunakan untuk mengukur tetapi ia melibatkan tentang persepsi. Terlalu banyak perkara melibatkan persepsi rasuah banyak dibicarakan di pelusuk tanah air tahun lepas yang mungkin sedikit sebanyak menyumbang kepada amalan rasuah," katanya. 

Justeru Razali mencadangkan kepada semua ahli parti politik di negara ini termasuk seluruh rakyat supaya menyokong apa juga rancangan kerajaan dalam menangani masalah rasuah. 

"Semua kena yakin dan percaya bahawa semua perkara yang disusun adalah untuk membebaskan negara daripada amalan rasuah. Tetapi kalau masih ada persepsi rasuah ditimbulkan, kerja-kerja kerajaan ini akan menjadi lebih sukar," katanya.

 CPI 2015 dunia menunjukkan kedudukan Malaysia menurun sebanyak 2 mata kepada 50, berbanding 52 pada 2014 di belakang negara membangun lain seperti Jordan (45), Namibia (45) dan Rwanda (44). Malaysia juga termasuk di dalam senarai negara yang mempunyai skor menurun tetapi masih kedua tertinggi di Asia Tenggara. Negara-negara lain yang skornya turut merosot di rantau ini ialah Filipina, Jepun dan Hong Kong. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.