..

..

TPM DEDAH ANCAMAN MILITAN DA'ESH DITUDUH LAWAK MACAI PRO MAHATHIR

on Wednesday, March 9, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Walaupun sudah berulang kali didedahkan kerajaan & pihak keselamatan  tentang ancaman militan  IS & Da'esh , terdapat pihak tertentu mendakwa ia tidak benar .

Bila TPM mendedahkan cubaan menculik PM Malaysia , dilihat  penyokong taksub  Tun Mahathir di media sosial Facebook  menyindir TPM  dan mendakwa kerajaan membuat lawak jenaka terbaru .

Bagi mereka kini  , apa yang kerajaan & pasukan keselamatan negara   buat menjaga keselamatan negara & rakyat adalah drama seperti mana pemimpin pembangkang pernah menuduh tragedi Lahad Datu sebagai sandiwara.

Mungkin mereka mahu lihat tragedi berlaku dulu baru kerana ia lebih mudah untuk dijadikan isu politik dengan menghentam kerajaan dan pemimpin negara dengan mendakwa negara ini sudah tidak selamat.




Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Dewan Rakyat bahawa ancaman keselamatan yang dihadapi negara adalah benar, nyata dan berterusan, sekali gus kita tidak mampu bersikap alpa dengan keamanan dan keselamatan yang dikecapi selama ini.

Menurutnya, serangan kumpulan pengganas ke atas Malaysia boleh berlaku bila-bila masa sekiranya kegiatan kumpulan-kumpulan terbabit tidak dibanteras atau dibendung sedari awal. Umpamanya cubaan untuk menculik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan beberapa pemimpin lain oleh kumpulan militan Da’esh tahun lalu.

 “Pada 30 Januari 2015 seramai 13 orang dengan elemen Da’esh telah merancang untuk menculik pemimpin termasuk Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berhubung kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggagalkan plot rancangan serangan kumpulan pengganas itu di negara ini.

 Sehingga 25 Februari 2016, polis katanya, telah berjaya menahan 160 suspek yang disyaki terlibat dengan kumpulan Da’esh termasuklah mereka yang terlibat dalam perancangan untuk melakukan serangan di Malaysia.

 Menurutnya, kegiatan kumpulan Da’esh ini dilihat begitu ketara bagi tempoh antara September 2014 hingga Mei suspek IS ditahan bersama bahan letupan2015 dengan polis berjaya mengesan empat perancangan melakukan serangan di Malaysia.

 Antaranya ialah serangan ke atas beberapa lokasi di Kedah, Kuala Lumpur dan Putrajaya membabitkan rumah-rumah ibadat dan tempat-tempat tumpuan orang ramai.

 “Untuk menjayakan serangan tersebut dan menyemarakkan kegiatan mereka, mereka merancang untuk merompak senjata api dari kem tentera, menghasilkan bahan letupan dan melakukan rompakan wang tunai. “Kesemua rancangan serangan ini telah berjaya dikesan dan dipatahkan hasil daripada tindakan yang cekap dan cepat oleh pihak polis,” katanya.

 Isu keselamatan dalam negeri tegasnya bukanlah semata-mata di bawah tugas dan tanggungjawab Cawangan Khas sahaja tetapi tanggungjawab itu dipikul bersama dengan cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian lain di dalam PDRM

 “Melihat kepada perkembangan ancaman kumpulan pengganas Daesh ini, tindakan bersepadu yang bersifat holistik telahpun dilaksanakan sekarang iaitu mengadakan kerjasama dari segi perkongsian maklumat dengan agensi-agensi perisikan luar negara khususnya negara-negara ASEAN, memasukkan nama mereka yang disyaki ke dalam Senarai Syak (Suspect List) bagi menyekat pergerakan mereka di semua pintu masuk atau keluar pemeriksaan imigresen di seluruh negara serta merancang untuk melaksanakan Advanced Passenger Screening System (APSS) yang merupakan saringan awal ke atas pelancong untuk memasuki negara ini sebelum berlepas daripada negara asal,” tambahnya.

 Kerajaan juga tambahnya turut bekerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menjalankan pelbagai program penerangan kepada golongan belia, ceramah-ceramah, khutbah Jumaat dan seminar bagi menerangkan konteks jihad sebenar serta bahaya fahaman ekstrim yang menjurus ke arah kegiatan militan.

 Dalam masa sama, bagi menyekat penularan ideologi keganasan melalui media sosial, KDN turut bekerjasama rapat dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


4 Responses

  1. XUMNO says:

    Takkan Daesh dan IS gila sangat nak kacau Najib. Adakah sesiapa nak tarik seseorang yang sedang bersepak terajang dan bersilat menepis gigitan lebah dan penyengat??? Kalau nak tunjuk hebat dan dipercayai temberang awak, carilah cerita lain. Tak taulah kalau Daesh nakkan RM2.7bilion yang ada kat Najib tu dengan mencoleknya.Takkan Daesh tak tahu duit tu tak ada lagi kat Najib sebab dah pulangkan kepada PaknArab yang baik hati tu.

  2. Anonymous says:

    benda ni berlaku pada awal 2015...belum panas isu 1mdb,...belum tahu pasal derma 2.6 billion lagi...hati-hati menulis kerana rekod catatan komen tak terpadam atau boleh dipadam sampailah kiamat saudara atau kiamat dunia ini.

  3. Anonymous says:

    Assalam Bro,macam-macam alasan yang diberi tetapi semua tu lebih kurang lawak jenaka.Apa kaitan RM 2.6bilion dengan Najib nak kena culik ? Dahlah PM bengong ,ini melarat ke TPM pulak.Malang sungguh Malaysia ni ?

  4. Anonymous says:

    Ada komen bahawa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengenai cubaan culik Perdana Menteri sebagai satu lawak jenaka dan pembohongan.

    Kata mereka, Mahathir yang hebat pun tidak pernah orang cuba culik ke atasnya.

    Lumrah generasi muda hari ini sebelum berlaku semua dikatakan lawak dan bohong. Bila berlaku pihak berkuasa disalahkan kerana gagal bertindak awal,

    Sebelum berlaku,
    1. Siapa percaya akan ada kes Menteri tembak Speaker DUN?
    2. Siapa percaya akan ada kes, wakil rakyat kena potong 18?
    3. Siapa percaya akan ada kes, wakil rakyat kena tembak mati?
    4. Siapa percaya akan ada kes kumpulan pengganas dalam negara ini serang kem tentera dan rampas senjata.
    5. Siapa percaya akan ada kes Lima orang pengganas dari kumpulan Tentera Merah Jepun (JRA) akan menawan bangunan AIA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 1975.
    6. Siapa percaya akan ada kes tentera sulu serang Lahad Datu?

    Orang muda hari ini hanya melihat dunia sekeliling sudah berasa serba pandai dan serba tahu. Banyak kejadian dan musibah dalam negara yang berlaku tidak pernah kita jangka akan berlaku sebelumnya.

    Hakikatnya, keamanan negara ini berjaya dikekalkan melalui risikan dan pencegahan awal pihak berkuasa.

    Nota untuk Pro-Tun:
    Bernama pada 11 September 1984 pernah melaporkan cubaan membunuh Tun Mahathir oleh pelampau politik. Pergilah cari arkib sejarah (Malu tak?)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.