..

..

TINDAKAN TUN M & PEMBANGKANG BUKAN GUGAT PM TETAPI UMNO & BN

on Monday, March 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa tokoh UMNO bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan kepemimpinan parti bukan menyasarkan individu tetapi menentang institusi yang menjadi puncak kepada pimpinan negara dan Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta rakan-rakan komponen BN termasuk parti mesra BN untuk teguh bersama, lebih-lebih lagi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Jika institusi ini digugat, ia akan menggugat institusi keseluruhan peringkat dalam UMNO dan BN di seluruh negara terutamanya di peringkat negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian serentak Persidangan UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan negeri Perak 2016 di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada Ahad.
Hadir sama Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Majlis perasmian serentak itu dihadiri lebih 6,000 orang dengan bergemanya laungan sokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tambah Zahid UMNO sentiasa menghormati bekas-bekas pemimpin tetapi tidak boleh menerima mereka yang bersengkokol dengan pembangkang demi untuk menjatuhkan pimpinan.
Menurut Zahid lagi meskipun terdapat desas desus Majlis Tertinggi UMNO mungkin mengadakan mesyuarat khas, namun katanya setakat ini UMNO masih belum berbincang tindakan yang akan dikenakan terhadap ahli yang menandatangani Deklarasi bersama-sama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pimpinan pembangkang yang lain.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    akhirnya madey and the gang dah terjun lombong akibat tak sabar dan nafsu amarah.. sebaliknya najib yg cool dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya.. ttp tak blh nak salahkan madey sbb dah itulah qada dan qadarnya.. kifarah dosa2 lalu lah tu.

  2. Anonymous says:

    org Melayu pro UMNO akan ingat pengkhianatan puak kerala ini sampai mati.. sudah lah mencabul demokrasi terang2an.. Najib bukan buat Ops Lalang pun mcm Madey taik ni buat sampai 156 org tangkapan politik.. awat anjing2 madey tak berani jawab kes itu??



    jika jadi apa2 pada UMNO PRU14 ini.. tumbang org takkan akan nampak salah Najib.. org Melayu akan ingat muka mamak sial mahadey tu bergelak tawa deklarasi setan2 besar Malaya untuk jatuhkan UMNO!!


    Najib safe skrg, isu Najib dgn sendirinya dipadam... jika UMNO jatuh deklarasi itulah puncanya dgn gabungan penjahat2!

    UMNO belum jatuh tp celaka2 ini telah war2 kn UMNO sudah jatuh

    tak cukup lagi gabung dgn musuh utk perjatuh betul2 jatuh!!


    mmg sgt gila dan khianat siapa2 yg join mereka ini.

    Mat Sabu dibenci krn dia pro DAP

    Sbb itu dia ditendang dalam pemilihan muktamar PAS!!

    semua Melayu yang waras yg berAqidah Islam ada rasa hati yg sama..iaitu takkan terima musuh nyata sebagai kawan.!!


    memang syaitan yang dikenali dengan nyata telah menjelam!!

    Tgklah sokongan pada Najib akan dtg secara sukarela sbb Tuhan nak balas keangkuhan Mahadey!!

    dia dan 3 ekor SESUMPAH Melayu itu akan dikenang sebagai pengkhianat Melayu bukan sbg negarawan lagi!!

  3. Anonymous says:

    Walaupun aku ahli umno tetapi aku dan keluarga telah bersumpah tidak akan mengundi BN pada pru14. Sumpah aku telah berlaku sebelum adanya deklerasi rakyat pun..

  4. Anonymous says:

    Aliff Mim Nun Waw (UMNO)!!!

    SARKIS DA!!!!

  5. Anonymous says:

    Anom 10:12

    Hang tok sah dok menyamar ahli UMNO. Yang bersumpah tak sokong UMNO cuma KOMUNIS sekarang ni jelmaan DAP.

    Samalah darjat hang dengan komunis.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.