Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, Guan Eng seolah-olah tidak langsung mengiktiraf keupayaan anak jati negeri apabila sebelum ini sanggup memecat pemimpin tempatan daripada PKR untuk digantikan dengan orang luar.

Dalam masa sama, Cheng Guan turut menyifatkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai pengecut kerana tidak berani menegur Guan Eng walaupun pemimpin sendiri telah dianiaya.

Saya memang tidak setuju dengan pelantikan ini. Saya desak Guan Eng letak anak negeri Pulau Pinang untuk jawatan itu, jangan kurang ajar dan biadab dengan anak negeri.

“Pulau Pinang ada banyak lagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tempatan, kenapa masih lantik orang lain, kenapa mesti seorang yang berasal dari Seremban?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anthony Loke seperti dilaporkan media hari ini mengesahkan Guan Eng telah menghubunginya untuk dilantik sebagai ahli lembaga di dalam PHC.

Pelantikan berkenaan dibuat selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang memecat ADUN Bukit Bu­nga dari PKR, Cheah Kah Peng daripada jawatan itu, bulan lalu.

Sementara itu, menurut Cheng Guan, Wan Azizah dan Mohamed Azmin sepatutnya berani mempertahankan pemimpin PKR sebaliknya mereka hanya berdiam diri meskipun menerima layanan seperti ‘sampah’.

“Saya berasa amat sedih kerana mereka langsung tidak berani menegur Guan Eng, mereka ini sama sahaja perangai dengan pemimpin pembangkang lain, sangat pengecut.

“ADUN PKR dilayan macam sampah tetapi mereka langsung tidak bertindak, malah hanya berdiam diri macam tidak ada apa-apa yang berlaku,” tegasnya


*** PKR dah menjadi lembu dicucuk hidung dah ... Azmin lebih sayangkan jawatan MB Selangor dari menjaga orangnya sendiri di P.Pinang , Ini kerana Azmin menjadi MB atas  ehsan sokongan DAP Selangor ,  kalau tidak dia pun boleh dijatuhkan seperti TS Khalid Ibrahim .

Wan Jijah pulak macam Tunggul jkayu je dalam PKR ... ternyata Pakatan Harapan memang diterajui DAP dan mereka berkuasa sepenuhnya .