..

..

PKR DIBIDAS LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN SALAHKAN PIHAK KETIGA POSTER KECAM GUAN ENG

on Thursday, March 3, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Zaidi Mohd Said berkata sudah menjadi amalan politik di kalangan parti pembangkang yang sentiasa bersifat “lempar batu sembunyi tangan” termasuk melakukan serangan terhadap rakan dalam pakatan mereka sendiri.
Justeru beliau percaya kemunculan beberapa poster yang mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana memecat dua Adun PKR sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC), muncul di Bukit Bendera dan Nibong Tebal adalah perbuatan di kalangan mereka sendiri.
“Usahlah cuba bermain wayang mencari dalih kononnya ia perbuatan orang ketiga kerana sebelum ini pun keruntuhan pakatan pembangkang adalah disebabkan wujudnya permainan politik ‘gunting dalam lipatan’ sesama mereka.
“Bagi kita biarlah mereka terus bersandiwara… tumpuan kita jelas untuk terus melakukan gerak kerja kita memenangi hati rakyat dengan pelbagai program yang telah kita atur. Dalam pakatan pembangkang kerja tikam rakan dari belakang sudah menjadi kebiasaan”,  ujarnya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkaitan beberapa poster yang mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana memecat dua Adun PKR sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC), muncul di Bukit Bendera dan Nibong Tebal.
Dalam kenyataan tersebut, Mansor menafikan ahli-ahli partinya bertanggungjawab terhadap poster tersebut dan tidak menolak kemungkinan bahawa poster itu mungkin dinaikkan oleh musuh Pakatan Harapan “untuk melemahkan kerajaan negeri”.
Zaidi seterusnya percaya kemunculan poster-poster tersebut mungkin dinaikkan oleh ahli PKR kerana inilah cara mereka mahu menunjukkan rasa tidak puas hati kepada Dap.
“Dek kerana tidak berani untuk bersuara secara terus maka cara halus ini diambil bagi menyuarakan rasa hati yang berbuku. Semua orang tahu Dap paling berkuasa dalam penyatuan tidak sah Pakatan Harapan ini.
“Jadi kerana mahu menunjukkan tidak semua yang dilakukan oleh Guan Eng itu dipersetjui oleh rakan sekutu maka tindakan seperti itu diambil,” ujarnya lagi.
Zaidi turut menyarankan agar Guan Eng melihat kembali keikhlasannya dalam Pakatan Harapan agar rakan sekutu mereka tidak terus memberontak di masa akan datang.
“Secara terang kita dapat lihat memang tidak ada keikhlasan antara satu sama lain dalam penyatuan mereka dan kerana itulah Guan Eng boleh mengambil apa sahaja keputusan tanpa perlu merujuk kepada parti gabungan tersebut.
“Ini tidak berlaku dalam Barisan Nasional (BN). Kita saling menghormati dan kita buat keputusan bersama. Berlainan dalam Pakatan Harapan yang buat keputusan secara individu sehingga menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan ahli sendiri.
“Jadi saya sedikitpun tidak akan terkejut sekiranya selepas ini akan berlaku lebih banyak pemberontakan dalam Pakatan Harapan,” katanya. – MediaUMNO


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.