..

..

PENYOKONG MAHATHIR CAMPAK BUKU IDOLA MEREKA KERANA JADI BARUA DAP

on Monday, March 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments




Gara penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum setia dibelakang beliau mengambil tindakan drastik dengan membuang buku-buku karangan bekas perdana menteri itu sebagai tanda protes.

Tinjauan SuaraTV mendapati tindakan itu ekoran keputusan Dr Mahathir yang disifatkan sebagai ‘pengkhianat’ kerana sangup bekerjasama dengan pimpinan pakatan pembangkang.

“Maaf (buku ini) tidak lagi layak untuk berada di rak buku aku kerana isi kandungan dan kewujudannya hanya untuk tong sampah” bidas Rosli Mohd Shah.

“Off you go (selamat tinggal), barua DAP” tulis Afiq Hadi.

“Nampaknya selama ini Dr Mahathir hanya mempergunakan Umno untuk mencapai kepentingan peribadinya, dan apabila pemimpin Umno selepas beliau tidak lagi dapat dipergunakan untuk mempertahan kepentingan peribadinya, beliau menyerang pemimpin tersebut” kata Azman Hussin pula.

Mereka turut menyifatkan tindakan Dr Mahathir itu sebagai memualkan dan jijik kerana sanggup bersekongkol dengan Lim Kit Siang.

“Nampaknya, memang begitulah tujuannya. Sungguh menghampakan, memalukan, memualkan dan jijik!” tulis Azmin Ramlie.

“Walau alasan apa pun yang mereka beri tapi kerana bersekongkol dengan Lim Kit Siang dan lain-lain musuh dia dulu maka dia telah meletakan dirinya dilembah kehinaan yang memalukan Melayu,” kata Mazlan Bharom.

“Semasa sebagai PM dia minta kita semua bersatu sokong kepimpinan dia tapi bila sudah bertukar kepimpinn, lain pula niat dia, Macam inkah sikap negarawan?” soal Zaffar Syah pula. – SuaraTV


11 Responses

  1. Anonymous says:

    tukar gelaran negarawan kepada negarawang. dapat wang semagat berkobar-kobar, cinta bangsa, cinta agama, cinta tanahair, bila tak dapat wang jadi sasau.

  2. Anonymous says:

    InshaAllahbjikabditakdirkan PRU14 BN menang lagi disebabkan gelombang penolakan terhadap pengkhianatan bangsa yg paling clear-cut Ini....saya percaya.. dengan sikap flip-flop Tun Dan pengikutnya.... Tun akan sedayabupaya mengekalkan gelaran negarawannya dengan membuat kenyataan songsang dengan bangga bahawa usaha dia meningkatkan sokongannterhadap kerajaan Dan Najib telah berjaya denan mengheret pembangkang ke perangkap strategi penerangan yg di design olehnya....sebab ketikabitu sebelum dia korbankanbiaitu dirinya di telah mengesan kelohongan pentadbiran Najib yg boleh membuatkan BN tewas..... macam dramakan?... tp ituahbyg akn dipekatakannya mungkin.

  3. Anonymous says:

    Admin jangan nak provok. Walaupun aku ahli umno tegar aku tetap menyokong tun. Aku dan keluarga juga telah bersumpah tidak akan mengundi BN pada pru14 sekiranya najib masih pm.

  4. anon 2.43 , pergi mampus la dengan sumpah tu...Tun M sudah jadi barua DAP ..sokong apa kejadahnya lagi . hang nak PM Malaysia ini Lim Kit Siang kot ..hahaha

  5. Anonymous says:
    March 7, 2016 at 2:43 PM

    Poyo..!

  6. Anonymous says:

    Kenapa tetiba jadi isu politik? Bukan ke asap nya isu rasuah dan maruah? Parti atau personaliti?

  7. hbk7879 says:

    DAP jadi barua TunM. Ini menunjukkan TunM x perlu byr ape2 pd dap utk dpt sokongan.

  8. Anonymous says:

    sebelum ni pun BN menang tipis 49% (meskipun pembangkang kalah dgn 51%). Pengaruh Tun M tak kuat ke? ,, seperti mana kata Tengku Adnan, Tun M keluar UMNO tidak jejas pun, jika tak jejas kenapa bimbang dengan tindakan dia, biarlah dia nak buat apa pun dia bukan ahli UMNO lagi pun.

    Kita sayangi UMNO, adakah pemimpin kita sayangi UMNO juga? .. jika betul mereka sayang mereka hanya nak Najib berundur dan biarkan Pemilihan UMNO dibuat sekarang sebelum pilihanraya, let ahli tentukan siapa jadi pemimpin .

  9. Anonymous says:

    KITA PATUT KUMPUL BUKU-BUKU TULISAN MAHATHIR SEPERTI "THE MALAY DELIMA" DAN LAIN-LAIN DI SATU TEMPAT UNTUK DIBAKAR SECARA BERAMAI-RAMAI. KALAU DULU KITA TERCARI "SIKITUL DAN MANDALIA" PASCA MERDEKA, HARI INI KITA SUDAH ADA JAWAPAN YANG TIDAK DAPAT DIRAGUKAN: MEREKA ADALAH "MAHATHIR DAN ANUAR" JIKA DITAKDIRKAN MAHATHIR DIPANGGIL OLEH YANG MAHA ESA...TAK PERLU DIBERI PENGHORMATAN NEGARA/DISOLATKAN DIMASJID NEGARA ATAU DIKEBUMIKAN DI MAKAM PAHLAWAN....MEMALUKAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM. MAHATHIR KINI "BERIMAMKAN" LKS ATAU SEKURANG-SEKURANGNYA MELANTIK LKS SEBAGAI "BILAL" KUMPULAN "DEKLARASI RAKYAT".

  10. Bg bukti la ngok bahawa Najib bersalah. Bukti tarak pun.Kata handal sangat, dari bukti pun tak boleh. Tak kualiti punya pro pembangkang.

  11. Anonymous says:

    Aku memang menyampah dgn parti DAP sejak dulu lagi. Skrg umor aku dah 54 tahun. Walaupun apa terjadi DAP adalah musoh aku termasuklah AMBIGA LBGT tuh....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.