..

..

PENDEDAHAN PEMBOHONGAN KEMPEN ANTI NAJIB GUNA MEDIA ASING " FOUR CORNERS'

on Thursday, March 31, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Penggunaan media asing melalui program Four Corners merupakan satu lagi percubaan Mahathir  bagi merealisasikan kempen anti-Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Mereka hanya menemubual sebelah pihak iaitu kumpulan kempen Anti Najib , tiada bukti diberikan dan hanya tuduhan liar dilempar demi memburukkan Najib walaupun dengan cara memfitnah !!
Ikuti fakta diberikan untuk menjawab tuduhan fitnah Four Corners ini !!



KENYATAAN MENGENAI PROGRAM 'FOUR CORNERS' OLEH MENTERI KOMUNIKASI
30 Mac 2016
Program Four Corners adalah satu lagi percubaan Tun Mahathir untuk menggunakan media Barat sebagai sebahagian daripada Kempen Anti-Najib beliau. Setelah kehilangan peluang untuk menjatuhkan Perdana Menteri di dalam UMNO dan di Parlimen, Tun Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mengeksploitasi saluran lain seperti media Barat, yang dikecam sewaktu zaman kepimpinannya, serta bergabung tenaga dengan lawan politiknya, Lim Kit Siang, yang telah dipenjarakan oleh Tun M sewaktu menjadi Perdana Menteri.
Malangnya, wartawan tersebut menerima naratif peristiwa yang berlaku secara bulat-bulat. Menyusun set-set peristiwa yang berbeza, mereka hanya menemuramah Tun Mahathir dan ahli-ahli Kempen Anti-Najib beliau, dimana secara terbuka telah menyatakan niat mereka untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi. Tidak ada langsung percubaan untuk membuatkan program tersebut lebih seimbang, malah tidak ada bukti untuk menjelaskan tuduhan-tuduhan liar.

Fakta adalah:

1. Hussain Najadi tidak terlibat dengan AmBank sejak tahun 1980-an. Akaun Perdana Menteri telah dibuka pada tahun 2011. Pada masa itu, Encik Najadi sudah tidak menjadi sebahagian daripada Ambank selama hampir tiga puluh tahun, dan tidak terlibat pun di dalam isu akaun tersebut. Pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia telah mengesahkan bahawa Encik Najadi tidak pernah membuat apa-apa laporan yang berkaitan dengan akaun Perdana Menteri semasa dia masih hidup. Pembunuhan Mr Najadi sudah pun disiasat oleh polis dan proses mahkamah telah berlaku. Kes berkenaan tidak mempunyai hubung kait langsung dengan Perdana Menteri.

2. Majikan kepada Kevin Morais iaitu JabatanPeguam Negara, secara terbuka telah mengesahkan bahawa Kevin Morais tidak pernah terlibat dalam apa-apa penyiasatan yang berkaitan dengan 1MDB atau Perdana Menteri. Tambahan pula, Morais telah dipindahkan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kepada Jabatan Peguam Negara pada Julai 2014, setahun sebelum siasatan 1MDB dilancarkan. Oleh kerana itu, adalah mustahil bagi Morais untuk menulis kertas pertuduhan berkaitan 1MDB. Pembunuhan beliau telah disiasat oleh polis secara komprehensif, berikutan beberapa individu telah didakwa dan akan dibicarakan di mahkamah. Salah satu daripada mereka didakwa telah disiasat oleh Kevin Morais, tetapi kes itu tidak mempunyai hubung kait dengan 1MDB atau Perdana Menteri.

3. Mengenai Altantuya Sharibuu, Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa beliau tidak kenal, tidak pernah berjumpa, tidak pernah mempunyai sebarang perhubungan dan tidak mempunyai apa juga kaitan dengan Altantuya. Proses undang-undang yang komprehensif telah dilakukan, termasuk penyiasatan polis dan perbicaraan mahkamah, termasuk di Mahkamah Tinggi Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Tidak ada satu pun daripada proses tersebut, melibatkan Perdana Menteri. Kedua-dua pihak yang bersalah telah disabitkan kesalahan dan dihukum. Mereka bukanlah pengawal peribadi Perdana Menteri - ini adalah satu tuduhan yang sengaja diadakan bagi mencipta konspirasi palsu untuk mengelirukan orang ramai. Mereka adalah ahli-ahli unit polis yang menjalankan kerja keselamatan secara berkala untuk pegawai kerajaan dan jemputan orang-orang kenamaan. Perdana Menteri tidak sedar akan tindakan-tindakan individu berkenaan sehinggalah mereka ditangkap.

Ia telah disahkan oleh pihak polis, pendakwa raya dan mahkamah bahawa ketiga-tiga kematian tragik ini adalah sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri. Sepertimana kes-kes pembunuhan ini telah pun dibuat penyiasatan secara menyeluruh oleh pihak polis serta diproses di mahkamah, tuduhan-tuduhan yang berniat jahat yang telah dibuat dianggap sebagai satu penghinaan bukan sahaja kepada Perdana Menteri, tetapi juga kepada PDRM, badan kehakiman dan sistem keadilan Malaysia secara keseluruhannya.

Tun Mahathir dan Kempen Anti-Najibnya telah cuba untuk menyerang Perdana Menteri menggunakan isu-isu ini selama bertahun-tahun. Tetapi tiada langsung bukti terdapatnya salah laku, dan ianya tidak akan pernah ada - kerana dakwaan ini sememangnya palsu dan didorong oleh kepentingan politik.

DATUK SERI PANGLIMA DR SALLEH SAID KERUAK
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.